AWSJ: Pembayaran Misteri Yang
Mengundang Bencana
(Mystery payment could Cause
Political Problems for Malaysia)
oleh: Leslie Lopez
14/4/2002.
http://online.awsj.com
(Artikel asal ada di Webantu)
Beberapa petunjuk klu mengenai wujudnya pembayaran rahsia membabitkan salah satu
skandal terbesar di Asia Tenggara mungkin mencetuskan masalah besar di Malaysia.
Pihak berkuasa di Malaysia yang menyiasat Perwaja Terengganu Sdn. Bhd, enam
tahun dulu kini telah memberikan tumpuan kepada satu pembayaran sekitar USD 30.6
juta yang dibuat oleh syarikat itu sebagai sebahagian bayaran pembangunan sebuah
kilang baru. Bayaran itu pertama kali didedahkan dalam laporan dalaman Perwaja
pada tahun 1995, yang menyebutnya sebagai satu bayaran haram. Para penyiasat,
daripada BPR, tidak mahu mengulas akan kisah itu kerana mereka menyebut perkara
itu masih dalam siasatan lagi.
Tetapi kalau berpandukan beberapa wawancara dan dokumen yang dilihat oleh AWSJ,
bayaran itu telah memberi keuntungan kepada Sakyo Corp., sebuah syarikat Jepun
yang dimiliki oleh Yasuomi Osada, seorang bekas penasihat kepada Perwaja yang
memainkan peranan orang-tengah kepada satu konsortium syarikat Jepun yang
mendapat kontrak membina satu kilang besi waja yang khusus kepada syarikat milik
kerajaan. Ada seorang lagi pemegang saham dalam Sakyo yang bernama Sahril
Shamsuddin, yang merupakan anak lelaki kepada Tan Sri Samsuddin Abdul Kadir.
Pendedahan betapa pembayaran Perwaja seperti itu berkemungkinan menjadi satu
berita hangat dalam politik Malaysia membabitkan Perdana Menteri Mahathir
Mohamad, yang telah mencengkam kuasa selama 21 tahun. Lebih-lebih lagi
kepimpinan beliau telah mencetuskan beberapa skandal perniagaan membabitkan
cukai pendapatan marhaen Malaysia yang masih tidak selesai siasatannya lagi.
Pada bulan Februari, Mahathir telah menyalahkan undang-undang rahsia perbankan
Switzerland sebagai penghalang usaha siasatan kerajaan dalam isu Perwaja. Tetapi
seorang jurucakap kedutaan Swiss di Kuala Lumpur berkata bahawa Jabatan
Kehakiman Swiss telahpun memberi jawapan kepada setiap permintaan kerajaan
Malaysia, termasuk menyediakan penyata pada bulan Mei dan Oktober 2001,
"yang menepati segala maklumat dan dokumen" yang dipinta.
Perwaja merupakan satu tiang seri yang memulakan usaha Dr. Mahathir untuk projek
perindustrian negeri pada awal tahun 1980-an dulu. Tetapi, Perwaja mengharungi
gelombang masalah kewangan pada 1988, hingga memberi ilham kepada Dr. Mahathir
menempekkan Eric Chia Eng Hock, seorang sahabat lamanya dan merupakan penasihat
yang dipercayainya, sebagai pengarah urusan dengan arahan memulihkan keadaan dan
membesarkan syarikat itu. Rancangan itu kecundang. Pada akhir 1998, mengikut
segala penyata perakaunan yang dapat dilihat, tanggungan hutang Perwaja melebihi
asetnya sebanyak 9.1 bilion ringgit (bersamaan 2.39 billion dollar).Jumlah ini
melebihi setengah kemampuan jaminan negeri yang mendapatkan hutang itu, mengikut
yang dilaporkan oleh Ketua Akauntan Malaysia. Perwaja telah menutup semua
operasinya awal tahun ini dan beberapa ratus pekerja terpaksa diberhentikan
menantikan usaha pemulihannya semula.
Mengikut pihak yang amat arif akan perkara ini, di mana para penyiasat
menumpukan sasaran terhadap pembayaran berjumlah $30.6 juta dollar itu
disebabkan laporan dalaman tahun 1995, yang mendakwa salah satu unit syarikat
yang beroperasi, Perwaja Rolling Mill & Development Sdn Bhd. telah
menyalah-gunakan pinjaman bernilai $196 juta dollar daripada konsortium Jepun
yang diketuai oleh Itochu Corp. yang dianggotai juga oleh Nissho Iwai Corp., dan
Tomen Corp.
Pinjaman itu adalah kesan kelulusan Perwaja Rolling Mill pada tahun 1993 yang
melibatkan satu kontrak bernilai 76 bilion yen (bersamaan US$805 juta dollar
ketika itu) yang diberikan kepada syarikat konsortium yang diketuai oleh Itochu,
untuk membina satu kilang besi yang istimewa. Bayaran pinjaman adalah untuk
membeli barang gantian dan perkhidmatan teknikal untuk kilang yang baru yang
disediakan oleh NKK Corp. Sebaliknya, mengikut laporan itu, pinjaman itu "telah
digunakan sepenuhnya untuk tujuan lain", termasuk pembayaran sebanyak $30.6
pada awal 1994 yang dibuat melalui sebuah bank di Hong Kong ke dalam akaun
Frinsham Enterprise Inc., sebuah syarikat yang didaftar di kepulauan British
Virgin Islands.
Pada pertengahan Februari 1994, Perwaja Rolling Mill telah menerima sepucuk
surat yang ditulis pada kertas kepunyaan NKK yang dikatakan telah ditandatangani
oleh N. Otani seorang pengarah jabatan kejuruteraan NKK, meminta penjelasan
bayaran "mengikut perjanjian perkhidmatan teknikal yang dimeterai pada
4/11/1993." Surat NKK itu menyatakan agar bayaran itu dibayar melalui
Frilsham, yang diperakui sebagai "syarikat bersekutu NKK"
Wang itu telah dikirimkan dalam masa satu minggu ke dalam satu akaun milik
Frilsham yang baru sahaja dibuka di American Express Bank Ltd. di Hongkong.
Mereka yang arif dengan siasatan Perwaja telah menyatakan bagaimana pada akhir
1996, para penyiasat telah dapat mengesan pembabitan Mr. Osada dan seorang
sahabat karibnya Yuji Maeda, seorang perunding perniagaan bebas, mempunyai
hubungan dengan Frilsham. Mengikut para pelapor, para penyiasat telah pergi ke
Tokyo untuk menemuramah Mr. Osada. Beliau merupakan seorang peniaga yang
mempunyai banyak perhubungan rapat dengan Malaysia dan mempunyai pertalian
persahabatan yang lama dengan Tan Sri Chia. Para penyiasat tidak mahu memberi
sebarang ulasan mengenai pertemuan mereka dengan Mr. Osada.
Beberapa dokumen yang dilihat oleh akhbar ini menunjukkan betapa pembayaran
Perwaja kepada akaun milik Frilsham di bank Hongkong itu telah dialihkan dengan
cepatnya kepada beberapa akaun yang lain. Satu pembayaran bernilai 2.48 bilion
yen telah berpindah kepada satu akaun milik Borneo Enterprise Inc.. Pindahan
wang yang kedua dilakukan sebanyak 143.7 juta yen oleh Frilsham kepada sekutu
perniagaan Mr. Osada, yang bernama Mr. Maeda. Yang berbaki, sekitar 280 juta yen
dibayar kepada satu persyarikatan Malaysia sebagai "bayaran pengurusan
portfolio"
Mr. Maeda, pernah digaji untuk bertugas di Malaysia dan Jepun pada 1980-an dulu
oleh Kumpulan Sapura milik Tan Sri Shamsuddin, yang mempunyai kepentingan dalam
perniagaan kabel telekomunikasi. Beliau tidak dapat dikesan untuk ditemuramah.
Mengikut catatan pengakuan yang tidak disiarkan daripada Mr. Osada yang
direkodkan pada Mei 1999 di Kuala Lumpur dan dapat dilihat oleh ASWJ, bayaran
berjumlah $30.6 itu merupakan bayaran kepada Sakyo yang dikuasai oleh Mr. Osada,
oleh konsortium yang diketuai oleh Itochu. Mr. Osada bersumpah betapa pembayaran
kepada Frilsham adalah sebahagian urusan peribadi yang disepakatinya dengan
Itochu dan NKK, dan memang "sengaja tidak dimaklumkan kepada Perwaja".
Mr. Osada menambah, bahawa khidmat Sakyo telah diperolehi oleh Itochu untuk
membantu konsortium Jepun mendapatkan kontrak membina kilang besi untuk Perwaja
Rolling Mill. Kos khidmat Sakyo adalah bernilai 4.89 bilion yen, termasuk
pembayaran bernilai $30.6 juta, apabila konsortium itu memenangi kontrak itu.
Urusan itu telah dicatatkan dalam satu dokumen yang dipersetujui oleh Mr. Osada
dan Ryuzo Ogino, pengurus besar jabatan besi dan infrastruktur Itochu. Satu
salinan perjanjian itu ada dikepilkan dalam surat sumpah Mr. Osada.
Sebarang pandangan para penyiasat anti-rasuah Malaysia yang meragui pembayaran
itu adalah tidak berasas. Demikian pengakuan Mr. Osada.
Ada tiga wawancara berasingan dengan akhbar ini - dua di Tokyo dan satu lagi di
Kuala Lumpur, di mana Mr. Osada memberikan penyata yang bercanggah mengenai
peranannya. Pada mula dia pernah menyebut betapa bayaran itu merupakan
sebahagian "dana darurat" yang diarahkan oleh Itochu untuk dia
membukanya sebagai satu jaminan terhadap konsortium Jepun terhadap risiko
tukaran matawang yang ada kaitannya dengan kontrak pembinaan itu. Tetapi apabila
ditunjukkan satu salinan surat sumpahnya dan satu salinan perjanjian Sakyo yang
ditandatanganinya bersama Itochu, Mr. Osada, telah berdalih kerana ingatan yang
terganggu. Dia menjawab: "Saya tidak boleh menjawab ia ataupun sebaliknya."
Kemudian, Mr. Osada berkata dia pernah membuat akuan sumpah ketika berada di
Malaysia pada Mei 1999, tetapi bertegas bahawa kandungan akuan sumpah itu
disediakan oleh Tan Sri Chia. "Tan Sri Chia telah menjadi sahabat saya
selama 45 tahun. Dia meminta saya menolongnya, jadi saya pun sain sahaja."
Mr. Osada mengaku betapa dia memegang 755 saham Sakyo. Dia berkata yang berbaki
itu adalah dipegang oleh seorang peniaga Malaysia bernama Datuk Shahril, yang
disebut oleh Mr. Osada merupakan proksi bagi pihak ayahnya, Tan Sri Shamsuddin.
Dua orang tokoh itu enggan memberikan jawapan kepada soalan bertulis mengenai
peranan mereka dengan Sakyo. Namun, rakan-rakan rapat dengan tokoh perniagaan
itu berkata, Datuk Shahril memang mengaku dia ada pegangan saham dalam Sakyo.
Tetapi mereka tidak pula sedar bagaimana Mr. Osada ada kena mengena dengan
konsortium Jepun.
Dalam satu jawapannya kepada soalan bertulis akhbar ii, Tan Sri Chia telah
menolak dakwaan Mr. Osada. "Dakwaan betapa pengakuan bersumpah oleh Mr.
Osada itu adalah dipengaruhi oleh pembabitan saya adalah satu penyataan yang
palsu dan tidak benar." Tan Sri Chia menambah, dia menyedari wujudnya
komisen untuk Sakyo itu berasaskan susunan Itochu hanya setelah membaca penyata
sumpah Mr. Osada. Tetapi Tan Sri Chia enggan menjawab beberapa soalan lain
mengenai Perwaja.
Tomoyuki Takada, seorang jurucakap Itochu, berkata dalam satu perbualan telefon
daripada Tokyo betapa Itocu tidak mempunyai "sebarang rekod" catatan
perjanjian yang didakwa itu membabitkan sebarang perpindahan urusan dana
membabitkan Mr. Sakyo ataupun Mr. Osada. Dia menambah betapa Mr. Ogino, pegawai
Itochu yang dikatakan telah menandatangani perjanjian dengan Sakyo bagi pihak
Itochu, "tidakpun mempunyai sebarang kaitan baik dari segi tulisan ataupun
perbualan dengan Mr. Osada ataupun Sakyo."
Begitu juga mengikut mereka yang arif dengan siasatan Perwaja, para pegawai NKK
di Jepun telah menafikan mereka mempunyai sebarang perjanjian dengan Mr. Osada,
Sakyo ataupun Frilsham sepanjang perjumpaan dengan penyiasat anti-rasuah pada
tahun 1996.Mr. Oani daripada NKK pernah menafikan kepada para penyiasat bahawa
dia pernah menandatangani satu surat kepada Perwaja meminta bayaran bernilai
$30.6 juta itu dibuat kepada Frilsham pada 1994. Para pegawai NKK di Tokyo yang
menjawab soalan daripada akhbar ini telah berkata bahawa syarikat mereka tidak
pernah menandatangani sebarang perjanjian dengan Mr. Osada ataupun Sakyo. Mr.
Otani tidak dapat dihubungi untuk ulasan selanjutnya.
-Todd Zaud ada menyumbang kepada artikel ini.
Terjemahan SPAR (Suntingan M@R)