Paksaan dan Penipuan
- Alat Kezaliman Mahathir Untuk Terus Berkuasa
(Force and Fraud - Mahathir’s Tyrannical Tools for Survival)
Sindiran tajam Bush mengaitkan Mahathir dengan diktator tua Cuba, Fidel Castro,
merupakan satu tamparan yang begitu hebat menghina Mahathir dan membawa aib yang
amat sangat terhadap UMNO, sebuah parti perkauman yang turut dikasi. Kebanyakan
media Amerika telah menyamakan Mahathir dan Castro dengan nada yang sama, sambil
mengutuk mereka berdua dan menuduh mereka sebagai pembiak unsur-unsur penindas
di kalangan rakyat mereka. Akhbar itu sedar betapa Mahathir yang sudah tidak
popular lagi, mengambil-alih kuasa dan membangunkan sistem pemerintahan zalim
untuk dirinya, sambil mengada-adakan satu rangkaian propaganda yang menonjolkan
imej betapa majoriti rakyat masih menyokongnya. Sedangkan kalau diberi peluang,
majoriti rakyat akan menyerlahkan kebencian mereka terhadapnya. Malahan,
Mahathir sudah menonjolkan dirinya memerintah melanggar kedaulatan undang-undang,
dengan cara menunjukkan yang dia mengatasi undang-undang itu. Kerana itu dia
menjadi seorang penzalim dan penyangak yang berhati syaitan. Negara ini akan
kerugian besar disebabkan dosa politik yang dilakukan oleh seorang pemimpin yang
besar jenayahnya setelah berjaya menyuntik bisa beracun ke dalam budaya negara.
Kecurangan Mahathir adalah untuk mengutuk diri sendiri
Sejarah telah membuktikan, kesudahannya nanti, seorang pemerintah yang zalim
seperti Mahathir, akan mengundang kutukan yang menggunung dan akan terhumban ke
kancah kehinaan, seperti yang diwahyukan. Lihat sahaja apa jadinya kepada
Hitler, Marcos, Suharto, dan yang terkini pemerintah zalim seperti Castro dan
Mahathir yang masih bernyawa. Mereka ini masih lagi menggali lubang kubur
kecurangan mereka untuk dihimpun dengan segala dosa yang mereka lakukan semasa
menzalimi manusia. Mahathir akan dihantui oleh segala dosanya, segala jenayahnya,
rasuah dan kesan penganiayaannya terhadap manusia yang tidak bersalah. Dengan
cara menakutkan rakyat jelata, dan gelagatnya mengkasi beberapa khadam politik
yang ditugaskan untuk menipu dan memutar minda mereka, Mahathir sebenarnya
menganiayai bangsanya. Dia lebih berminat menyelamatkan dirinya sahaja, dan
membiarkan seluruh negara ini merana kerana penindasan dan kedurjanaan.
Mempersendakan undang-undang
Mahathir sudah menampakkan dengan jelasnya betapa beliau adalah seorang yang
zalim kerana menghukum sesiapa yang menentangnya ataupun kerajaannya. Mahathir
telah mengaibkan demokrasi, menabur fitnah, mengkucar-kacirkan keharmonian
negara. Dia lebih berminat menjadi maharajah dan bukannya memimpin rakyat ke
arah kegemilangan dan kebahagiaan. Dia sudah bersedia bermusuhan dengan rakyat
kerana mahukan keselamatan diri daripada disanggah oleh jenayah yang
dilakukannya. Undang-undang sudah tidak membawa erti lagi, kerana sistem
perundangan dan kehakiman negara sedia bertandak mengikut rentak Mahathir dan
bukan mengikut kedaulatan undang-undang. Negara mereput, berkisar menjadi satu
negara pariah di mana rasuah adalah segala-galanya.
Mahathir memusnahkan dirinya kerana memilih fitnah daripada ketelusan
Bush telah menyebut dengan jelas dan terus terang betapa Anwar tidak bersalah,
di depan Mahathir. Sekaligus beliau menyindir bahawa Mahathir adalah penyangak
bertaraf bangsat. Hakikat ini diperakukan lagi oleh masyarakat dunia, apabila
kebanyakan media massa sejagat mengutuk Mahathir, sambil menyamakan beliau
dengan Suharto dan Castro. Imej semacam ini mengaibkan Malaysia, menjatuhkan
martabatnya dan menjadikan negara ini begitu terhina seperti Cuba dan Indonesia.
Kenyataan ini adalah memadai sebagai dalil betapa Anwar masih unggul walaupun
dia berada dalam penjara. Mahathir sudah gagal dan dimalukan walaupun dia
mempunyai banyak kuasa untuk mencengkam pengaruhnya. Hakikat ini sudah memadai
untuk meyakinkan setiap rakyat Malaysia bahawa Mahathir mesti berundur. Dia
ternyata sudah tidak layak lagi menjadi pemimpin negara ini.
SOT 17/5/02. SPAR
Terjemahan SPAR (Suntingan M@R)
*************
MGG: Anwar Ibrahim dan ‘Rahsia Besar’
(Anwar Ibrahim and the ‘Big Secret’)
17/5/2002.
Perdana Menteri Mahathir Mohamed, tidak terdaya menyebut nama mantan timbalan
presiden UMNO ketika UMNO ‘meraikan’ ulangtahun ke-56 di Shah Alam, minggu
lalu. Perasaan marahnya tentu telah mendidih apabila Presiden Bush menegaskan
pendirian AS tetap seperti biasa dalam hal Dato’ Seri Anwar. Dalam hal ini
Amerika berpendirian bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah dimangsakan dan
sepatutnya tidak dihukum dalam penjara. Tetapi, bukan sahaja Bush yang mempunyai
pendirian seperti itu. Lagi berat UMNO diperlekehkan oleh masyarakat Melayu,
lagi menyerlah kewibawaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Memang sudah wujud satu persekongkolan yang kurang bijak rencananya dalam satu
usaha memburukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ‘untuk selamanya’. Caranya
ialah mendesak PAS untuk membuat kerja didik yang dirancang oleh UMNO. Pertama,
Dr. Mahathir berdepan dengan PAS, dalam satu forum yang membincangkan krisis
Palestin, dengan muslihat agar PAS melupakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan
menumpukan perhatian kepada politik Melayu seperti sebelum tahun 1988 dulu.
Kemudian beberapa pemimpin tinggi UMNO bertegas agar MP PAS dan bekas imam besar
Masjid Negara, Ustaz Taib Azamuddin, yang menyimpan ‘Rahsia Besar’ agar
mendedahkan rahsia yang disimpannya. Ustaz Taib lakukan apa yang tidak pernah
difikirkan oleh orang UMNO. Dia telah dedahkan segala perilaku seksual menteri
kabinet UMNO, menteri besar dan pemimpin tertinggi Umno yang lainnya.
Akhbar Malaysia yang kerap riak dengan kesahihan berita yang mereka siarkan,
tiba-tiba terlupa akan kenyataan Bush mengenai nasib Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Mereka fikir adalah tidak kena pada tempatnya untuk rakyat Malaysia mengenai
cerita sebenarnya. Lebih-lebih lagi apabila kenyataan itu sekaligus menetapkan
peranan Mahathir sebagai seorang sarjan suruhan di Asia Tenggara dalam usaha
perang global Bush mengganyang keganasan Islam. Maka berulang kembali satu
kebenaran yang tidak menyelerakan: betapa apa juga yang dilakukan oleh UMNO dan
Dr. Mahathir, Dato’ Seri Anwar dilihat sebagai insan ghaib dan faktor yang
tidak kedengaran yang perlu mereka ambil-kira dalam setiap tindakan yang mahu
mereka lakukan.
Ketika Dato’ Seri Anwar muncul di mahkamah, dia diberikan layanan seolah-olah
dia adalah penjenayah antero dunia yang begitu berbahaya sehinggakan mahkamah
dipenuhi oleh anggota polis, menggunakan separuh tenaga polis yang berkhidmat di
sebuah bandar. (Saya berada di Mahkamah Persekutuan semalam, 16/5/2002, dan
mendapat ruang duduk pelawat dibahagikan kepada satu barisan untuk pemberita,
yang lagi satu baris untuk ahli keluarga, dan yang ketiga untuk pegawai polis.
Ini adalah satu pertanda betapa mahkamah akan bersidang tidak lama lagi untuk
mengeluarkan penghakimannya terhadap rayuan Dato’ Seri Anwar). Apabila
Mahathir tidak berupaya menyebut nama Dato’ Seri Anwar, sebabnya ialah dia
terlalu marah kerana dia yang kini terpenjara oleh seorang banduan yang sedang
dipenjarakannya. Kementerian Penerangan sedang merencana satu propaganda dalam
usaha seranta melakukan apa yang tidak upaya dilaksanakan oleh mahkamah, dengan
cara memburuk-burukkan wibawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Cuma cara propaganda
itu dilaksanakan adalah begitu tidak relevan dan sungguh haprak perancangannya.
Kerajaan masih mahu meneruskan usaha mempengaruhi minda rakyat negara ini betapa
Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang sodomis. ‘Rahsia besar’ yang
disebut-sebut oleh Zainuddin Maidin, ialah mengenai pengakuan bervideo oleh
seorang pensyarah UTM di hadapan Ustaz Taib Azamuddin mengenai ‘hubungan’
pensyarah itu dengan Anwar. Beberapa keratan rakaman video itu sudahpun
disiarkan secara meluas di setiap ceramah UMNO di seluruh negara. Ia merupakan
satu tindak-balas tayangan rakaman di Parlimen di mana Perdana Menteri naik
angin dan marah kepada MP PAS kerana menyoal beliau soalan yang tidak dapat
dijawabnya. Apabila rakaman itu disebarkan secara meluas ia memperakukan
tanggapan marhaen betapa hapraknya Perdana Menteri mereka.
Tetapi, alangkah baik kalau Zainuddin Maidin sendiri yang mendedahkan rahsia
besar itu dan tidak mengharapkan pendedahan calon parti pembangkang? Para
strategis Unmo berkata rakaman itu akan menyedarkan semua ulama dan imam dalam
PAS, terutama sekali mereka yang melompat parti memasuki PAS ataupun memang
sudah lama berada dalam PAS. Kalaulah satu pengakuan kepada seorang imam Masjid
Negara boleh didedahkan secara terbuka, apakah lagi keluhuran dan kepercayaan
orang awam kepada imam dan ulama di seluruh negara ini? UMNO begitu yakin betapa
muslihat mereka akan berjaya malahan akan menyebabkan PAS tertekan, seolah-olah
ia akan menjadi satu pertanda betapa imam dan ulama dalam PAS berada dalam
kedudukan yang bahaya. Ini merupakan satu taktik yang berbahaya, terutama sekali
apabila ia dilakukan dan dilaporkan daripada sebelah pihak sahaja – yakni
pihak kerajaan semata-mata. Inilah yang dianggap sebagai usaha baru untuk
menghancurkan wibawa Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang ahli politik yang
berwibawa. Tetapi lagi kuat tekanan yang diberikan, lagi kuat ketabahan yang
menonjol daripada persona politik dan wibawanya.
Ini bererti apa juga yang dicadangkan oleh UMNO, adalah menyulitkan rencananya.
Kemelut yang menghantui Dato’ Seri Anwar adalah satu jenayah feudal gara-gara
kebajingan Perdana Menteri. Perkara ini mesti diselesaikan sebelum UMNO dapat
bersenang-lenang. Inilah penentuan kenapa UMNO sudah terpinggir oleh masyarakat
Melayu. Kerja jijik yang dirancang oleh Mahathir untuk memomokkan Dato’ Seri
Anwar sebagai seorang yang berkelakuan songsang tidakpun melunturkan sokongan
akar umbi kepada ketokohannya. Dato’ Seri Anwar kini merupakan tokoh politik
yang bertaraf ‘prisoner of conscience’. Dia merupakan seorang banduan yang
cacat. Kerajaan dan UMNO hanya akan mengundang lebih banyak tekanan daripada
luar untuk membebaskan beliau.
Kerajaan tentera Burma mengambil masa sembilan tahun sebelum mereka membebaskan
Aung San Suu Kyi daripada tahanan rumahnya. Mereka lakukan ini kerana hubungan
luar negara dikaitkan kepada keupayaan kerajaan membebaskan beliau. Apakah
Malaysia mampu memesongkan perhatian dunia yang kini berpaling kepadanya? Ia
mungkin berjaya berbuat begitu untuk sementara waktu seperti yang dilakukan oleh
Burma. Tetapi akhirnya Malaysia akan menggelabah juga. Apa yang akan
diperbuatnya akan bergantung kepada cara tindakannya. Masalahnya belum ada
pertanda keinginan yang tangkas dalam hal ini di kalangan mereka yang mentadbir
kerajaan. Kalau ‘Rahsia Besar’ ini tidak dikendalikan dengan berhati-hati,
ia akan meledak dan memalukan kerajaan dan UMNO dan bukannya orang yang mereka
ingin mangsakan.
MGG Pillai
pillai@mgg.pc.my
Terjemahan SPAR (Suntingan M@R)