AWSJ: Pembayaran Misteri Yang Mengundang Bencana
(Mystery payment could Cause Political Problems for Malaysia)
oleh: Leslie Lopez
14/4/2002.

http://online.awsj.com
(Artikel asal ada di Webantu)

Beberapa petunjuk klu mengenai wujudnya pembayaran rahsia membabitkan salah satu skandal terbesar di Asia Tenggara mungkin mencetuskan masalah besar di Malaysia.

Pihak berkuasa di Malaysia yang menyiasat Perwaja Terengganu Sdn. Bhd, enam tahun dulu kini telah memberikan tumpuan kepada satu pembayaran sekitar USD 30.6 juta yang dibuat oleh syarikat itu sebagai sebahagian bayaran pembangunan sebuah kilang baru. Bayaran itu pertama kali didedahkan dalam laporan dalaman Perwaja pada tahun 1995, yang menyebutnya sebagai satu bayaran haram. Para penyiasat, daripada BPR, tidak mahu mengulas akan kisah itu kerana mereka menyebut perkara itu masih dalam siasatan lagi.

Tetapi kalau berpandukan beberapa wawancara dan dokumen yang dilihat oleh AWSJ, bayaran itu telah memberi keuntungan kepada Sakyo Corp., sebuah syarikat Jepun yang dimiliki oleh Yasuomi Osada, seorang bekas penasihat kepada Perwaja yang memainkan peranan orang-tengah kepada satu konsortium syarikat Jepun yang mendapat kontrak membina satu kilang besi waja yang khusus kepada syarikat milik kerajaan. Ada seorang lagi pemegang saham dalam Sakyo yang bernama Sahril Shamsuddin, yang merupakan anak lelaki kepada Tan Sri Samsuddin Abdul Kadir.

Pendedahan betapa pembayaran Perwaja seperti itu berkemungkinan menjadi satu berita hangat dalam politik Malaysia membabitkan Perdana Menteri Mahathir Mohamad, yang telah mencengkam kuasa selama 21 tahun. Lebih-lebih lagi kepimpinan beliau telah mencetuskan beberapa skandal perniagaan membabitkan cukai pendapatan marhaen Malaysia yang masih tidak selesai siasatannya lagi. Pada bulan Februari, Mahathir telah menyalahkan undang-undang rahsia perbankan Switzerland sebagai penghalang usaha siasatan kerajaan dalam isu Perwaja. Tetapi seorang jurucakap kedutaan Swiss di Kuala Lumpur berkata bahawa Jabatan Kehakiman Swiss telahpun memberi jawapan kepada setiap permintaan kerajaan Malaysia, termasuk menyediakan penyata pada bulan Mei dan Oktober 2001, "yang menepati segala maklumat dan dokumen" yang dipinta.

Perwaja merupakan satu tiang seri yang memulakan usaha Dr. Mahathir untuk projek perindustrian negeri pada awal tahun 1980-an dulu. Tetapi, Perwaja mengharungi gelombang masalah kewangan pada 1988, hingga memberi ilham kepada Dr. Mahathir menempekkan Eric Chia Eng Hock, seorang sahabat lamanya dan merupakan penasihat yang dipercayainya, sebagai pengarah urusan dengan arahan memulihkan keadaan dan membesarkan syarikat itu. Rancangan itu kecundang. Pada akhir 1998, mengikut segala penyata perakaunan yang dapat dilihat, tanggungan hutang Perwaja melebihi asetnya sebanyak 9.1 bilion ringgit (bersamaan 2.39 billion dollar).Jumlah ini melebihi setengah kemampuan jaminan negeri yang mendapatkan hutang itu, mengikut yang dilaporkan oleh Ketua Akauntan Malaysia. Perwaja telah menutup semua operasinya awal tahun ini dan beberapa ratus pekerja terpaksa diberhentikan menantikan usaha pemulihannya semula.

Mengikut pihak yang amat arif akan perkara ini, di mana para penyiasat menumpukan sasaran terhadap pembayaran berjumlah $30.6 juta dollar itu disebabkan laporan dalaman tahun 1995, yang mendakwa salah satu unit syarikat yang beroperasi, Perwaja Rolling Mill & Development Sdn Bhd. telah menyalah-gunakan pinjaman bernilai $196 juta dollar daripada konsortium Jepun yang diketuai oleh Itochu Corp. yang dianggotai juga oleh Nissho Iwai Corp., dan Tomen Corp.

Pinjaman itu adalah kesan kelulusan Perwaja Rolling Mill pada tahun 1993 yang melibatkan satu kontrak bernilai 76 bilion yen (bersamaan US$805 juta dollar ketika itu) yang diberikan kepada syarikat konsortium yang diketuai oleh Itochu, untuk membina satu kilang besi yang istimewa. Bayaran pinjaman adalah untuk membeli barang gantian dan perkhidmatan teknikal untuk kilang yang baru yang disediakan oleh NKK Corp. Sebaliknya, mengikut laporan itu, pinjaman itu "telah digunakan sepenuhnya untuk tujuan lain", termasuk pembayaran sebanyak $30.6 pada awal 1994 yang dibuat melalui sebuah bank di Hong Kong ke dalam akaun Frinsham Enterprise Inc., sebuah syarikat yang didaftar di kepulauan British Virgin Islands.

Pada pertengahan Februari 1994, Perwaja Rolling Mill telah menerima sepucuk surat yang ditulis pada kertas kepunyaan NKK yang dikatakan telah ditandatangani oleh N. Otani seorang pengarah jabatan kejuruteraan NKK, meminta penjelasan bayaran "mengikut perjanjian perkhidmatan teknikal yang dimeterai pada 4/11/1993." Surat NKK itu menyatakan agar bayaran itu dibayar melalui Frilsham, yang diperakui sebagai "syarikat bersekutu NKK"

Wang itu telah dikirimkan dalam masa satu minggu ke dalam satu akaun milik Frilsham yang baru sahaja dibuka di American Express Bank Ltd. di Hongkong.

Mereka yang arif dengan siasatan Perwaja telah menyatakan bagaimana pada akhir 1996, para penyiasat telah dapat mengesan pembabitan Mr. Osada dan seorang sahabat karibnya Yuji Maeda, seorang perunding perniagaan bebas, mempunyai hubungan dengan Frilsham. Mengikut para pelapor, para penyiasat telah pergi ke Tokyo untuk menemuramah Mr. Osada. Beliau merupakan seorang peniaga yang mempunyai banyak perhubungan rapat dengan Malaysia dan mempunyai pertalian persahabatan yang lama dengan Tan Sri Chia. Para penyiasat tidak mahu memberi sebarang ulasan mengenai pertemuan mereka dengan Mr. Osada.

Beberapa dokumen yang dilihat oleh akhbar ini menunjukkan betapa pembayaran Perwaja kepada akaun milik Frilsham di bank Hongkong itu telah dialihkan dengan cepatnya kepada beberapa akaun yang lain. Satu pembayaran bernilai 2.48 bilion yen telah berpindah kepada satu akaun milik Borneo Enterprise Inc.. Pindahan wang yang kedua dilakukan sebanyak 143.7 juta yen oleh Frilsham kepada sekutu perniagaan Mr. Osada, yang bernama Mr. Maeda. Yang berbaki, sekitar 280 juta yen dibayar kepada satu persyarikatan Malaysia sebagai "bayaran pengurusan portfolio"

Mr. Maeda, pernah digaji untuk bertugas di Malaysia dan Jepun pada 1980-an dulu oleh Kumpulan Sapura milik Tan Sri Shamsuddin, yang mempunyai kepentingan dalam perniagaan kabel telekomunikasi. Beliau tidak dapat dikesan untuk ditemuramah.

Mengikut catatan pengakuan yang tidak disiarkan daripada Mr. Osada yang direkodkan pada Mei 1999 di Kuala Lumpur dan dapat dilihat oleh ASWJ, bayaran berjumlah $30.6 itu merupakan bayaran kepada Sakyo yang dikuasai oleh Mr. Osada, oleh konsortium yang diketuai oleh Itochu. Mr. Osada bersumpah betapa pembayaran kepada Frilsham adalah sebahagian urusan peribadi yang disepakatinya dengan Itochu dan NKK, dan memang "sengaja tidak dimaklumkan kepada Perwaja". Mr. Osada menambah, bahawa khidmat Sakyo telah diperolehi oleh Itochu untuk membantu konsortium Jepun mendapatkan kontrak membina kilang besi untuk Perwaja Rolling Mill. Kos khidmat Sakyo adalah bernilai 4.89 bilion yen, termasuk pembayaran bernilai $30.6 juta, apabila konsortium itu memenangi kontrak itu. Urusan itu telah dicatatkan dalam satu dokumen yang dipersetujui oleh Mr. Osada dan Ryuzo Ogino, pengurus besar jabatan besi dan infrastruktur Itochu. Satu salinan perjanjian itu ada dikepilkan dalam surat sumpah Mr. Osada.

Sebarang pandangan para penyiasat anti-rasuah Malaysia yang meragui pembayaran itu adalah tidak berasas. Demikian pengakuan Mr. Osada.

Ada tiga wawancara berasingan dengan akhbar ini - dua di Tokyo dan satu lagi di Kuala Lumpur, di mana Mr. Osada memberikan penyata yang bercanggah mengenai peranannya. Pada mula dia pernah menyebut betapa bayaran itu merupakan sebahagian "dana darurat" yang diarahkan oleh Itochu untuk dia membukanya sebagai satu jaminan terhadap konsortium Jepun terhadap risiko tukaran matawang yang ada kaitannya dengan kontrak pembinaan itu. Tetapi apabila ditunjukkan satu salinan surat sumpahnya dan satu salinan perjanjian Sakyo yang ditandatanganinya bersama Itochu, Mr. Osada, telah berdalih kerana ingatan yang terganggu. Dia menjawab: "Saya tidak boleh menjawab ia ataupun sebaliknya." Kemudian, Mr. Osada berkata dia pernah membuat akuan sumpah ketika berada di Malaysia pada Mei 1999, tetapi bertegas bahawa kandungan akuan sumpah itu disediakan oleh Tan Sri Chia. "Tan Sri Chia telah menjadi sahabat saya selama 45 tahun. Dia meminta saya menolongnya, jadi saya pun sain sahaja."

Mr. Osada mengaku betapa dia memegang 755 saham Sakyo. Dia berkata yang berbaki itu adalah dipegang oleh seorang peniaga Malaysia bernama Datuk Shahril, yang disebut oleh Mr. Osada merupakan proksi bagi pihak ayahnya, Tan Sri Shamsuddin. Dua orang tokoh itu enggan memberikan jawapan kepada soalan bertulis mengenai peranan mereka dengan Sakyo. Namun, rakan-rakan rapat dengan tokoh perniagaan itu berkata, Datuk Shahril memang mengaku dia ada pegangan saham dalam Sakyo. Tetapi mereka tidak pula sedar bagaimana Mr. Osada ada kena mengena dengan konsortium Jepun.

Dalam satu jawapannya kepada soalan bertulis akhbar ii, Tan Sri Chia telah menolak dakwaan Mr. Osada. "Dakwaan betapa pengakuan bersumpah oleh Mr. Osada itu adalah dipengaruhi oleh pembabitan saya adalah satu penyataan yang palsu dan tidak benar." Tan Sri Chia menambah, dia menyedari wujudnya komisen untuk Sakyo itu berasaskan susunan Itochu hanya setelah membaca penyata sumpah Mr. Osada. Tetapi Tan Sri Chia enggan menjawab beberapa soalan lain mengenai Perwaja.

Tomoyuki Takada, seorang jurucakap Itochu, berkata dalam satu perbualan telefon daripada Tokyo betapa Itocu tidak mempunyai "sebarang rekod" catatan perjanjian yang didakwa itu membabitkan sebarang perpindahan urusan dana membabitkan Mr. Sakyo ataupun Mr. Osada. Dia menambah betapa Mr. Ogino, pegawai Itochu yang dikatakan telah menandatangani perjanjian dengan Sakyo bagi pihak Itochu, "tidakpun mempunyai sebarang kaitan baik dari segi tulisan ataupun perbualan dengan Mr. Osada ataupun Sakyo."

Begitu juga mengikut mereka yang arif dengan siasatan Perwaja, para pegawai NKK di Jepun telah menafikan mereka mempunyai sebarang perjanjian dengan Mr. Osada, Sakyo ataupun Frilsham sepanjang perjumpaan dengan penyiasat anti-rasuah pada tahun 1996.Mr. Oani daripada NKK pernah menafikan kepada para penyiasat bahawa dia pernah menandatangani satu surat kepada Perwaja meminta bayaran bernilai $30.6 juta itu dibuat kepada Frilsham pada 1994. Para pegawai NKK di Tokyo yang menjawab soalan daripada akhbar ini telah berkata bahawa syarikat mereka tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian dengan Mr. Osada ataupun Sakyo. Mr. Otani tidak dapat dihubungi untuk ulasan selanjutnya.

-Todd Zaud ada menyumbang kepada artikel ini.
Terjemahan SPAR (Suntingan M@R)