UMNO, Inggeris dan Jepun Tak Dapat Majukan Orang Melayu

Alhamdulillah Mahadhir Khir ni dah berhenti dari jawatannya sebagai pensyarah UM. Kalau beginilah cara beliau 'mematahkan' hujah pembangkang dan setakat ini juga tahap pemikirannya maka tidak hairanlah beliau gagal mencapai kelulusan PhDnya.

Bagai manakah beliau boleh membandingkan penjajahan Inggeris dan Jepun dengan zaman sekarang. Kemajuan yang dibawa oleh BN sekarang hanya tertumpu kepada sesetengah kawasan terutamanya di kawasan bandar. Terdapat banyak lagi kawasan di liar kota2 besar yang keadaannya tidak berubah dari zaman pemerintahan Jepun dan Inggeris dengan masyarakatnya masih amat daif dan tiada kelengkapan asas yang sempuna. Kawasan Mahathir Mohamed di Baling pun masih amat buruk infrastrukturnya dan antara kawasan termundur di Malaysia. Setelah memerintah puluhan tahun di Terengganu tiba2 UMNO nak menunding jari PAS tak berjaya membangunkan negeri itu setelah UMNO sendiri merompak wang royalti minyak (rompakan ini secara diam-diam semasa pemerintahan UMNO dan menjadi terang-terangan setelah jatuh).

Kesimpulan, UMNO, Inggeris dan Jepun penjajah yang gagal memajukan masyarakat Malaysia pada umumnya dan Melayu khasnya.




http://www.agendadaily.com/details.php?id=1909

Mahadzir Khir sangkal dakwaan pembangkang fasal kecekapan kerajaan

LANGKAWI,Khamis 23 Mei - Dakwaan pembangkang kononnya sesiapa yang menjadi kerajaan boleh membawa kemajuan tidaklah berasas kerana sejarah membuktikan beberapa kerajaan yang pernah memerintah negara ini lebih 150 tahun lalu tidak mampu memajukan rakyat terutama orang Melayu.
"Dakwaan parti pembangkang bahawa kemajuan yang dibawa oleh Umno sekarang semata-mata kerana dipilih sebagai kerajaan tidaklah berasas kerana semasa pemerintahan Inggeris dan Jepun, kedudukan orang Melayu begitu mundur", kata Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan Datuk Dr Mahadzir Mohd Khir.

Malaysia sebenarnya pesat membangun sebaik sahaja mencapai kemerdekaan kerana kebijaksanaan barisan kepimpinan kerajaan yang ada sehingga sekarang, katanya semasa merasmikan mesyuarat agung ke-11 Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Teknik Langkawi malam tadi.

Katanya, dahulu sukar untuk melihat orang Melayu bekerja dalam bidang profesional seperti doktor, jurutera dan peguam tetapi kini banyak kemajaun dicapai termasuk dalam bidang pendidikan.

"Jangan kata sesiapa yang menjadi kerajaan boleh membawa pelbagai kemajuan kerana pada masa itu, rakyat terutama orang Melayu yang beragama Islam tidak mendapat sebarang faedah semasa Inggeris dan Jepun menjajah negara ini", katanya