Make your own free website on Tripod.com

Polis Berbuat Salah, Tapi Buat Kerja Baik, kata Pemimpin MIC
(Police wrong, but do a good job, says MIC leader)

23/5/02.


Bendahari Agung MIC, Dato’ M Mahalingam telah ditahan kerana tidak membayar empat saman lalulintas. Dia dikenakan empat saman lagi sebagai tambahannya. Namun dia masih memuji PDRM kerana mengesan pesalah yang culas membayar saman mereka. Tetapi apa yang dibuat oleh polis adalah tindakan yang haram, kerana tidak sah. Semua saman itu adalah catatan dalam komputer milik polis, dan bukannya bahan bukti saman yang telah diserahkan seperti yang dimestikan. POLIS TIDAK MENYERAHKAN SEMUA SAMAN ITU. Menteri de fakto kehakiman, Dato Rais Yatim, berkata tindakan polis itu adalah tidak sah tetapi merobah pendapatnya itu selepas pihak polis memberitahunya secara berahsia. Polis (yang menggunakan abjad PDRM, tetapi kini mudah disebut sebagai PRDM – Polis Raja Di Malaysia!) Perbuatan polis itu memang tidak sah, tetapi kalau nama anda ada dalam komputer polis, anda mesti membayarnya . Tidak ada tolak dan tetapinya.

Oleh kerana Bendahari MIC itu ada bernama, apa yang dikatakannya muncullah (muka dan pendapatnya) dalam akhbar-akhbar. “Saya hairan kenapa saya tidak pernah menerima saman polis ini kerana saya telah lama menetap berdekatan r kediaman rasmi Menteri Besar sejak 14 tahun dulu lagi,” katanya, sambil memberi penekanan betapa rapatnya beliau dengan penggerak dan penyangak kerajaan Selangor. Ini adalah helahnya untuk menonjolkan ketokohannya supaya tidak mencela pihak polis, tetapi menambah: “Polis mesti siasat perkara ini dan cari mana punca masalahnya apakah kena mengena juga dengan pihak pos.” Jadi, dia alihkan tuduhan kerana tidak menerima saman itu kepada pejabat pos. Dia tidak menerima pakai peraturan undang-undang kalau sesuatu saman itu tidak diserahkan, ia dikira tidak sah. Apalagi dengan tindakan membawa pesalah ke mahkamah ataupun mengaibkan masyarakat awam seperti yang dilakukan sekarang.

Operasi polis yang berjalan sekarang adalah satu kenyataan betapa polis begitu haprak dan tidak cekap sehingga menimbulkan masalah besar. Kenapakah tidak diberitakan masalah besar membabitkan 4.6 juta saman lalulintas yang tertunggak, agar satu tindakan menyekatnya dapat dilaksanakan? APA JADINYA DENGAN SATU SISTEM CANGGIH YANG PERNAH DIPERBESAR-BESARKAN DULU DI MANA LESEN MEMANDU DAN CUKAI JALAN TIDAK BOLEH DIPERBAHARUI SELAGI SAMAN MASIH TERTUNGGAK?

Apabila 4.6 juta saham merupakan tindakan polis yang terperam sejak tahun 1999 sedangkan lesen boleh diperbaharui setakat tahun 2002, menunjukkan kita disuruh membayar segala khidmat haprak Jabatan Pengangkutan Jalan dan PDRM. Jabatan Peguam Negara tidak pula mahu mengulas kehaprakan ini, seperti juga pihak yang lain. Apa yang diperbuat oleh polis dikira sah dan tidak dianggap sebagai tindakan haram.
Demikianlah caranya institusi kerajaan mendera rakyat sesuka hari mereka. Apakah polis ambil kisah menyediakan kaunter yang secukupnya untuk membolehkan orang awam memeriksa apakah mereka pernah mempunyai saman yang tertunggak, dan mengutip pembayaran yang berbangkit darinya? TIDAK. Barisan orang menunggu begitu panjang kerana sebagai contohnya di Jalan Bandar, hanya terdapat satu kaunter sahaja untuk membuat pemeriksaan daftar saman itu dan satu kaunter lagi untuk membayar samannya. Memanglah barisan manusia itu panjang. Kalau polis begitu serius menanganinya, sudah tentu dibuka banyak kaunter di seluruh negara, bukan sahaja di balai polis, tetapi di pejabat pos dan beberapa pejabat kerajaan yang lain supaya perkara ini boleh diselesaikan dengan segera.

Tetapi ini tidak bererti apa yang dilakukan oleh polis itu adalah kerja yang sah. Penyebab utama semua itu ialah kehaprakan polis kerana tidak cekap menjalankan tugas. Polis mesti berterus terang bagaimanakah 4.6 juta saman tidak diserahkannya. Kenapa pula perkara itu tidak diselesaikan sekian lama. Ini bererti tindakan polis menokok-tambah jumlah denda kerana tidak membayar saman menepati masanya adalah satu tindakan kurang ajar yang tidak sah juga .Yang membuatkan orang ramai tidak berapa berminat mencabar tindakan polis itu ialah kerana tidak gemar turun-naik mahkamah dan segala kos berbangkit darinya. Apatah lagi dengan bahaya mempertikaikan tindakan polis. Itupun bukannya ada jaminan apabila selesai kerja-kerja turun naik ini, kejadian yang serupa tidak akan berulang lagi. Kita pernah diberikan janji manis oleh polis ketika gerakan operasi mereka dulu, segala masalah semacam ini dapat dihapuskan. Sekarang kita tahu mereka masih tidak mampu menyelesaikannya. Terdayakah mereka melakukannya? TIDAK....tidak mungkin, selagi anda bernyawa dan selagi ada saman lalulintas dalam komputer mereka.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my

Terjemahan SPAR (Suntingan M@R)