Make your own free website on Tripod.com

Ancaman fundamentalis Hindu Terhadap Dunia Islam di India
(Hindu fundamentalist threat to India’s Muslims)
(Lidah Pengarang Isu Terkini)
Terbitan 16/5/2002

Penggunaan label ‘pengganas’ dan keganasan’ secara meluas untuk memberikan gambaran jenayah orang Islam sehingga menghalalkan sebarang tindakan terhadap mereka sudahpun mencapai tahap baru di India. Pada 28 April, menteri kabinet India Shanta Kumar telah mendakwa bahawa kemalangan kereta Godhra adalah satu tindakan ‘keganasan antarabangsa’ yang mempunyai matlamat untuk ‘melumpuhkan’ kedudukan pertahanan India di sempadan dan menjadikannya semakin rapuh agar mudah diceroboh oleh kumpulan jihad. Walaupun punca utama kejadian yang bermula pada 27 Februari di mana beberapa aktivis Hindu telah mati dalam keretapi yang menyala terbakar, masih samar asal-usulnya, tafsiran Kumar itu adalah tafsiran yang sengaja celupar yang tidak boleh diterima-pakai. Namun, ia tidak menyekat Condoleeza Rice, penasihat keselamatan negara kepada Bush, untuk bercakap empat hari kemudiannya bahawa "kami percaya kerajaan Vajpayee akan bertindak bijak.... (untuk menyiasat keganasan di Gujerat) dan kami menggalakkan mereka melakukan yang terbaik." Dia bercakap begitu ketika berada di India dengan sindiran betapa India mempunyai peranan besar dalam usaha Barat memerangi mereka yang menentangnya.
Perkara ini semakin terserlah dengan bermulanya satu latihan ketenteraan bersama oleh dua pasukan khas dua negara itu pada 11 Mei. Latihan itu diadakan di pusat latihan perang Agra, merupakan pertama kalinya ia membabitkan dua negara sejak 1963. Patutlah kementerian luar India kelihatan ceria ketika menyebut bahawa hubungan dua hala Indo-AS berada di ‘landasan yang betul’.
Beberapa peristiwa di Gujerat sejak 27 Februari sudah semakin jelas – seperti yang pernah terjadi setiap kali ada kekecohan di India. Banyak pihak sudah semakin bersetuju dengan kewujudan satu persekongkolan mewujudkan ‘progrom’. Pada akhir April, ribuan umat Islam telah dibunuh, ramai yang cedera, dan lebih ramai lagi -- melebihi 140,000 orang yang dihalau daripada kampung halaman mereka, terpaksa hidup merempat di khemah pelarian. Mengikut keadaan sekarang, mereka tidak punyai peluang untuk pulang kembali ke kampung halaman mereka. Sudah jelas kini betapa progrom itu memang dirancang dengan tersusun, pihak yang merusuh sudah memiliki maklumat rumah-rumah yang dimiliki oleh orang Islam, termasuk rumah pangsa dan kedai-kedai mereka. Kerajaan BJP, yang disokong oleh RSS, VHP dan Bajrang Dal di Gujerat, merupakan institusi Hindu pasis -- telah memang lama bersiap sedia untuk kerja-kerja menggila. Narendra Modi dan orang yang mendahuluinya Keshubahal Patel, telah menyebarkan propaganda putar belit untuk menggalakkan orang Hindu melakukan progrom itu.
Ramai mangsa yang terselamat telah mengadu betapa polis sengaja enggan membantu mereka, dan sikap polis yang menyokong acara progrom itu dengan menangkap mereka untuk didakwa secara melulu. Pada akhir Mac, 60 orang beragama Islam telah dituduh sebagai kumpulan yang mula-mula terlibat dengan keganasan Godhra dan ditangkap di bawah undang-undang POTO (Prevention of Terrorism Ordinance), tetapi undang-undang POTO itu tidak pula dikenakan terhadap 800 orang beragama Hindu yang akhirnya ditangkap kerana terlibat dalam kempen penghapusan kaum yang terjalin kemudiannya. Tetapi, kerajaan India terus menuduh umat Islam kerana melancar kematian mereka sendiri. "Kalau tidak ada Godhra, sudah pasti tidak ada Gujerat," kata Vajpayee.
Kejadian terbaru di Gujerat bukannya peristiwa yang baru berlaku. Tetapi ia tidaklah sebesar pertumpahan darah yang berlaku selepas kewujudan Pakistan pada 1947. Orang India yang beragama Hindu mempunyai rekod kekejaman sebagai anti-Islam dan anti-Sikh yang membuatkan ramai antara mereka yang masih terus berbangga. Hampir satu ribu orang Islam mati di satu keganasan di Bombay, Ahmedabad, Banaras dan banyak pekan lain sejurus termusnahnya Masjid Babri pada 6 Disember 1992. Ratusan nyawa terkorban di Bombay pada Mac 1993 setelah beberapa bom meledak di sana. Dianggarkan 50,000 warga Islam kehilangan rumah kediaman mereka. Keganasan biasa adalah perkara lumrah, terutama sekali terhadap orang Islam, malahan juga terhadap orang yang beragama Kristian dan masyarakat yang lainnya.
Keganasan yang berlarutan ini adalah satu manifestasi ketuanan Brahmin yang memberikan galakan kepada orang Hindu mengganas. Tujuannya ialah untuk melumpuhkan kekuatan wang dan moral umat Islam. Apa yang terjadi di Gujerat bukanlah satu ‘keganasan kaum’, tetapi satu tipu muslihat kumpulan Brahmin yang melancarkan progrom, di mana beberapa pasukan bersenjata menggunakan kelengkapan yang ada pada kerajaan untuk bertindak ganas secara menggila. Keganasan itu dimulakan dengan dua matlamatnya yang utama: untuk menentukan jumlah penduduk Islam di Gujerat tersekat dan terkandang di perkampungan ala ‘ghetto’ mereka yang sedia ada, dan untuk menentukan kuasa Brahmin terus mencengkam kuasa terhadap dunia politik Gujerat. Kekejaman yang telah dicetuskan itu mungkin tidak sehebat mana berbanding banyak lagi peristiwa ganas yang pernah disaksikan oleh India, tetapi ia membawa makna yang besar yang tidak dapat dinafikan. Kalaulah kumpulan Brahmin itu diberikan kekuatan untuk menunjukkan kuasa mereka, tanpa ada sesiapa yang berani mengawalnya, apa yang terjadi pada Gujerat sekarang ini akan menular dan membiak untuk menyelimuti India satu hari nanti.
Tamat
Terjemahan oleh SPAR Terjemahan oleh: SPAR (Suntingan Z-M@R)