Make your own free website on Tripod.com

 

BERITA REFORMASI DI YAHOO DAN AFP PADA 21 APRIL  DAN SETERUSNYA

 

PEMERINTAHAN MAHATHIR MOHAMMAD DIBERI GELARAN ‘REGIM’

           Dalam rencana pengarang akhbar tersebut  , dengan jelas bagaimana sambutan dan berita tahanan ISA telah mendapat simpatisme dari seluruh dunia. Berita tersebut juga dengan jelas telah melebelkan kerajaan Mahathir Mohammad sebagai sebuah ‘REGIM’ iaitu sesatunya gelaran yang hanya diberi kepada pemimpin sesesuah negara yang mengamalkan pemerintahan kuku besi.

             Berita tersebut juga memperkatakan tentang tindakan tahanan ISA yang  melancarkan  mogok lapar dan ianya menjadi perhatian dunia. Mahathir yang akan melawat Amerika Syarikat dan mendapat pujian dari pimpinan Bush , bapa pengganas antarabangsa ,  dijangka akan diberikan tekanan dalam masa yang sama , kerana  Amerika pada dasarnya masih mengganggap bahawa Anwar dan 6 Tahanan ISA yang lain adalah tahanan politik. 

            Akhbar-akhabar dunia Arab baru-baru ini, terutamanya Kuwait , dan Arab Saudi telah dengan marahnya menyalahkan regim Mahathir kerana menuduh pejuang Palestine sebagai pengganas. Dalam masa yang sama  , suara Amerika dan Parlimen Israel , Arel Sharon, telah mengeluarkan kenyataan yang sama menuduh pejuang Palestine sebagai pengganas. Oleh yang demikian Mahathir bukan sahaja bersikap talam dua muka , malahan boleh memusnahkan kredibiliti negara.

             Sementara itu  , dalam satu kenyataan akbar yang dipetik dalam Yahoo.com Asia juga telah menjelaskan betapa wakil Amerika Syarikat selain memuji Mahathir kerana sikapnya menyokong kenyataan Amerika dan Israel juga  4 perkara yang disampaikan kepada Mahathir oleh wakil Amerika ialah seperti berikut:

 1.      Mengucapkan terima kasih kerana  menyokong kenyataan Amerika mengenai Palestine.

 2.      Menjemput Mahathir ke Rumah Putih untuk berbincang mengenai isu Palestine , juga kerana Mahathir berjaya mengawal negara-negara Islam lain dalam mengeluarkan kenyataan.

 3.      Mengingatkan Mahathir bahawa Amerika memandang berat kes penahanan Anwar Ibrahim.

 4.      Bahawa 6 tahanan ISA dan Anwar Ibrahim adalah tahanan politik.

 Sementara itu  , satu kenyataan yang dikeluarkan oleh NGO’s dan badan Hak Asasi Manusia  Antarabangsa menjelaskan bahawa kempen untuk menjelaskan sikap  “Hipokrasi dan berbohong Mahathir” kepada kerajaan Amerika Syarikat sedang dilakukan sebelum ketibaan Mahathir di Amerika.

 Berlainan dengan semua akhbar didalam negara yang dipimpin oleh Regim Mahathir , memuji dan mengganggap bahawa kesudian Bush untuk bertemu menandakan bahawa pelaburan Amerika akan kembali semula kedalam negara. Ini adalah antara agenda utama yang akan disampaikan Mahathir. Namun usaha-usaha ini nampaknya akan menemui kegagalan kerana , disebaliknya ialah Bush akan menggunakan Mahathir untuk kepentingan politik antarabangsanya.

            

           

 

Terjemahan sumber oleh: CNR –Cable News Reform