Make your own free website on Tripod.com

 SYIRIK  DARI SATU PANDANGAN


Syirik dari segi bahasanya ialah mensyarikatkan Allah dengan sesuatu yang lain. Syirik kata asalnya adalah syaraka,yusyriku,syirkun.Dalam satu ayat AlQuran tentang syirik ada disebut bahawasanya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik,dan mengampunkan dosa yang lain selain dari itu,iaitu dosa syirik tidak akan diampunkan.

Syirik boleh terjadi secara lahiriah seperti menyembah berhala atau menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain,umpamanya menganggap ada kuasa lain yang mendatangkan dan menyembuhkan penyakit. Di zaman Firaun, Firaun mendesak rakyatnya menyembah dirinya, sedangkan Tuhan yang sebenar tidak perlu disembah.Ini adalah contoh syirik yang terbesar dalam sejarah dunia.

Syirik juga boleh terjadi secara khafi, iaitu secara halus atau tersembunyi di dalam hati seperti riya','ujub dan takabur, iaitu sifat-sifat mazmumah yang banyak dibicarakan dalam kitab-kitab tasawwuf.

Menganggap ada kuasa lain selain dari Allah yang boleh menghidupkan dan mematikan kita adalah syirik. Menganggap ada orang lain yang boleh menentukan hidup mati kita di dunia ini adalah syirik.Menganggap hanya Umno sahaja yang mampu mentadbir negara ini dengan aman dan damai,kalau ia ditadbir oleh parti lain selain dari Umno maka huru haralah negara adalah termasuk dalam kategori syirik.Hal itu kerana anggapan sedemikian menafikan kuasa Allah kerana menganggap hanya Umno yang berkuasa dan mampu. Di sini seolah-olah kita telah mensyarikatkan kuasa Allah itu dengan kuasa Umno. Jelas di sini perbuatan tersebut adalah termasuk ke dalam kategori syirik.

Sekian,wallahu a'lam.


AlKundangi,
29.4.2002.