Make your own free website on Tripod.com

Kalau Sudah Sepatutnya Mati, Mana Mungkin Boleh Hidup Lagi
(When you should be dead, you cannot live)

Kroni pihak pentadbiran dilahirkan untuk merompak sesuka hati mereka. Mereka boleh terus bernafas lega ataupun menghilang entah ke mana secepat masa mereka menonjol di arus perdana kandang perniagaan Malaysia.

Inilah hakikatnya yang terlupa diingat oleh Tan Sri Tajuddin Ramli satu ketika dulu, dan terpaksa menanggung segala padahnya termasuk malu. Dia memang tidak bernasib baik menjadi seorang kroni kepada mantan menteri kewangan Daim Zainuddin, yang telah menyamun dan menyauk harta karun UMNO dan segala harta kekayaan melalui keroninya, sehingga kini dia masih dianggap bertanggungjawab akan semua itu. Dia masih belum mampu memberi penjelasan perihal segala harta kekayaan UMNO yang diamanahkan padanya dan segala dana yang ditugaskan padanya, kerana itu dia sanggup meletakkan jawatan sebagai menteri kewangan dan bendahari UMNO daripada mendedahkan kisah sebenarnya.

Daim pernah menguasai sepenuhnya dasar kewangan dan ekonomi negara ini.

Kini, barulah jelas betapa dia mengambil kesempatan daripada semua itu, sehingga menjadikan Perdana Menteri merangkap presiden UMNO terpanggang sama. Mahathir telah melindungi Daim, dan beliaulah musibatnya dan bukannya Daim yang menipu-helah Majlis Tertinggi UMNO betapa semua hal sedang berada dengan keadaan baik. Malangnya, Daim melepaskan jawatannya. Dia menawarkan membayar gantirugi, tetapi akaun yang hilang belum disediakan lagi. Satu perundingan dilaksanakan, tetapi ia hanya sekelumit kuman daripada timbunan harta kekayaan yang pernah dibayangkan kepada majlis tertinggi UMNO. Di sinilah bermulanya kesiksaan yang ditanggung oleh Tajuddin. Begitu juga orang lain seperti Annuar Musa.

Sambil kemelut itu semakin hangat, Majlis Tertinggi UMNO tidak bersedia membiarkannya tersumbat. Mahathir Mohamad, telahpun menonjolkan beberapa calon lain sebagai kambing korban – seperti bekas menteri kabinet, Dato’ Annuar Musa – tetapi jelas usaha itu sudah terlambat. Dr. Samuel Johnson pernah berkata: apabila seseorang itu tahu dia mahu digantung dalam masa dua minggu lagi, ia mempunyai minda yang dapat menumpukan fokus kepada sesuatu dengan hebatnya. Dr. Mahathir amat arif akan perkara ini. Kerana itu kerja-kerja mengerjakan harta kepunyaan Tan Sri Tajuddin adalah satu caranya. Bukan dia seorang sahaja. Orang lain yang pernah memegang aset kepunyaan UMNO sebagai amanah sudahpun diarahkan memulangkannya kepada UMNO. Ada seorang kroni terbaru dalam kandang itu, Tan Sri Mokhtar Albukhairy, namanya. Tetapi dia mempunyai helah yang berbeza. Dia mengambil-alih segala aset UMNO yang dikuasai oleh Daim satu ketika dulu, melalui kroni dan para nomini. Transaksi itu semua diselimuti pelbagai bentuk rahsia melalui syarikat yang tidak tersenarai yang tidak memerlukan pengauditan terbuka ataupun pengetahuannya.

Namun, jangka kebesaran urusan niaga itu dan kisah dia tidak memerlukan perakaunan terbuka memberi andaian wujudnya aset yang disimpan di luar negara yang kini dibawa masuk semula.

Apakah syarikat yang diambil-alih oleh Tan Sri Syed Mokhtar? MMC, Pernas, Pelabuhan Tanjung Pelepas, pegangan minoriti dalam Gamuda, IJN....

Senar itu belum lengkap lagi. Seperti UMNOPutra yang lain beliau hanya merupakan pemegang amanah untuk seseorang. Sudah tentu pegangannya akan menjerutnya juga kerana tidak mungkin dia memiliki puluhan bilion yang diperlukan untuk membiayainya ataupun keupayaan menyedut pasaran modal, walaupun dia terus menyedut semua itu tanpa hentinya seeolah-olah esok sudah tiada.

MMC telah menandatangani satu perjanjian dengan Poland untuk membeli kereta kebal Russia buatan Poland sebelum Malaysia membuat persetujuan membeli kereta kebal itu. Kejayaan Syed Mokhtar yang bermula sebagai seorang peniaga beras kecil-kecilan sahaja berubah wajah apabila dia berbaik dengan Tan Sri Muhiyuddin Yassin sebelum beliau menjadi Menteri Besar Johor. Sejak itu Syed Mokhtar menjadi proksi niaga ala ‘alter ego’ Muhiyuddin. Dia melonjak memasuki lingkaran orbit Perdana Menteri apabila membina sebuah masjid secara percuma di Kedah. Ini memperkokohkan dakwaannya yang berasal daripada Asia Tengah katanya, kerana seperti ramai Arab sesat di Malaysia dia mengaku berasal daripada Yemen.

Dr. Mahathir sudah terdesak menyelesaikan harta pusaka UMNO. Jika tidak, dia terpaksa menarik semua balacinya, termasuk Tan Sri Robert Tan di mahkamah terbuka. Kemarahan UMNO yang menebal di peringkat akar umbi memang tersorok selama ini. Tun Daim suah lama menghilangkan diri selama ini sejak bersara tahun lalu. Tan Sri Robert yang begitu angkuh membina sebuah rumah berharga RM70 juta, sudah begitu yakin dia tidak akan tersentuh kerana selama ini bijak mempertahankan diri. Lantas dia membuat kesilapan yang serupa dipercayai oleh Tan Sri Tajuddin: betapa dia adalah perkasa seperti tuannya dan juga penajanya.

Yang menyenakkan Tan Sri Tajuddin ialah episod saham MAS yang memberinya harga dua kali ganda daripada sepatutnya. Oleh kerana kerajaan memiliki saham emas setara 51 peratus untuk menguasainya, kerajaan sepatutnya mudah mengambil-alih semua dan menghumbankannya. Tetapi, itu yang tidak dilakukan, kerana kerajaan telah membeli sahamnya dengan harga dua kali ganda. Ini yang membuat semua pihak naik darah. Maka tercetuslah rentetan kisah betapa beliau terpaksa kehilangan maruah dan prasarananya, TRI, yang kini sudah menjadi hak milik Danaharta (kini berpindah kepada Telekom Malaysia). Tajuddin telah mengusahakan tindakan balas untuk merampas haknya tetapi dia terpaksa mundur sahaja.

Para kroni sebenarnya diharapkan meminta maaf, memulangkan kembali aset yang diamanahkan dan berundur secara hormat. Tetapi Tajuddin cuba melawan balik, kerana itu dia terpaksa menanggung bebannya. Apakah bentuk bebanan itu, tidak siapa yang boleh tahu. Cuma dia akan menghadapi jalan sukar meniti perniagaan seterusnya, apalagi mendapat semula apa yang terlepas daripada genggamannya. Demikianlah nasib ramai Putra UMNO yang berhidung tinggi. Cuma semakin ramai yang menghilang tanpa ramai yang menyedarinya.

MGG Pillai
pillai@mgg.pc.my

Terjemahan oleh SPAR (Suntingan M@R)