Make your own free website on Tripod.com

Apabila Timur Tengah Naik Gelabah
(Middle East acts of desperation)
Lidah pengarang JS Online: (http://www.jsonline.com/news/)

Kerana kehampaan melihatkan keganasan yang semakin menanah antara Israel dan Palestin, ramai warga Amerika berpendapat Amerika Syarikat sudah sepatutnya melepaskan diri dan membiarkan sahaja kedua-dua belah pihak menyelesaikan masalah mereka. Namun, usaha melepas tangan seperti ini bukannya satu perkara mudah, malahan ia merupakan satu perkara yang tidak mungkin dan tidak bermoral seandainya AS berbuat demikian. Kerana itu Setiausaha Negara Collin Powell kini sibuk di rantau itu dalam usahanya yang terbuka.

Malahan, sudah tiba masanya kita memikirkan kerja-kerja yang lebih berkesan – sebagai satu cara merobah pembaharuan yang memerlukan kehadiran yang lebih menyerlah di rantau itu.
Usaha membetulkan keadaan sudahpun diendos oleh seseorang yang mengetahui perkara ini lebih arif lagi di Timur Tengah: Martin Indyk. Dia pernah berkhidmat selama dua musim sebagai Duta Amerika Syarikat di Israel, pernah menjadi Timbalan Setiausaha Negara untuk Urusan Timur Dekat dan pernah menganggotai Majlis Keselamatan Kebangsaan Rumah Putih. Indyk baru sahaja mendesak AS mengusahakan penubuhan satu yayasan warisan antarabangsa di keseluruhan wilayah Arab dan penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka, yang mampu wujud seiring jalan dengan Israel.
Yayasan warisan seperti itu, sudah tentu di bawah tajaan PBB, dapat membantu melindungi Palestin daripada pencerobohan tentera Israel di masa depan, kata Indyk, dan dapat membantu melindungi Israel daripada keganasan Palestin. Ini tentu dapat membantu Palestin untuk membangun 'institusi yang berwibawa, yang berwakil, mempunyai martabat dan terbuka’. Sebahagian urusan itu adalah dalam bentuk pasukan keselamatan antarabangsa.
Cadangan Indyk itu menjurus daripada kemungkinan tipisnya peluang untuk mewujudkan gencatan senjata. Walaupun ia dapat dicapai, perbincangan mengenai kedamaian yang berkekalan berkemungkinan akan terbantut, gara-gara kewujudan pemimpin Palestin dan Israel yang tidak mampu ataupun tidak berdaya melakukan pengorbanan yang diperlukan oleh proses kedamaian itu. Apabila diambil-kira keadaan itu, bekas perdana menteri Ehud Barak, telah mencadangkan Ahad dulu, dalam satu artikel di New York Times agar Israel membina satu tembok keselamatan selepas askarnya diundurkan secara bertahap untuk memisahkannya secara fizikal daripada kumpulan Palestin di Tebing Barat
Demikianlah malangnya keadaan yang terpaksa menjadi begitu, tetapi satu bentuk yayasan warisan untuk wilayah Palestin harus dipertimbangkan dulu. Memang wujud sokongan meluas terhadap penubuhan yayasan itu di seluruh wilayah Palestin. Perdana Menteri Ariel Sharon telah lama menentang kehadiran pemerhati antarabangsa di wilayah itu, terutama sekali yang ditaja oleh PBB. Tetapi penglibatan Amerika dalam pasukan itu mungkin menyelerakannya, kalau tidak kepada Sharon, mungkin kepada rakyat Israel – yang mengikhtiraf AS sebagai sahabat mereka. Lagipun mereka memang mahukan kedamaian dan amat sangsi untuk terus menakluk satu kumpulan penduduk yang begitu berani menentang mereka.
Satu mandat PBB akan ketumbukan damai itu, terutama sekali yang melibatkan pasukan Eropah, tentu diterima oleh Palestin, berbanding kehadiran askar Israel. Pasukan damai itu pasti dapat diterima oleh Palestin dan mampu mengendurkan serangan keganasan di situ.
Adalah penting menggalakkan kehadiran pasukan pengaman PBB, di Palestin, memandangkan betapa korupnya pentadbiran Palestin pimpinan Yasser Arafat. Pemimpin yang sudah lanjut usia, yang mudah pelupa, mungkin boleh dikekalkan sebagai satu lambang kepimpinan sahaja seperti Raja Zahir Shah di Afghanistan.
Pasukan pengaman mungkin diserang oleh pejuang Palestin yang berani-mati dan tidak mempunyai kepentingan dalam penyelesaian secara kewujudan dua-negara itu. Namun, pejuang yang berhati keras ini sudah membunuh orang awam yang tidak berdosa, termasuk kanak-kanak. Tidak ada penyelesaian kepada perbalahan ini yang mudah, tanpa risikonya dan begitu mantap keputusannya.
Indyk sedar bahawa dengan penubuhan yayasan warisan sejagat itu mempunyai masalahnya di Palestin, tetapi dia beranggapan ia dapat dicapai dengan adanya 'pembabitan Amerika yang berterusan'. Rentetan keganasan di rantau itu menunjukkan betapa pentingnya pembabitan itu
Terjemahan oleh: SPAR (Suntingan Z-M@R)