Make your own free website on Tripod.com

Kenapakah Sharon Adalah Seorang Penjenayah Perang? (Why Sharon is A War Criminal) An eye-witness report of the 1982 Sabra and Shatila massacre (Laporan seorang saksi pembunuhan beramai-ramai di Sabra dan Shatila) Oleh: Dr. Ben Alofs – http://www.nilemedia.com/Topics/News/2001/June Saya adalah seorang doktor yang kini menetap di Nort-Wales. Pada musim panas tahun 1982 saya telah bertugas sebagai seorang jururawat di Beirut Barat, yang ketika itu telah dikepung oleh askar Israel. Seorang perunding Amerika, Philip Habib telah mengusahakan satu perjanjian dicapai dengan syarat askar Israel menghentikan penaklukan Beirut-Barat, sejurus kumpulan fedayin Palestin mengosongkannya. Lagi satu syarat fundamental perjanjian itu ialah AS memberikan jaminan keselamatan kepada masyarakat awam Palestin yang tinggal di situ. Pengunduran dari situ yang awasi oleh pasukan pendamai antarabangsa, berjalan dengan baik, dan berjaya disudahkan pada 1 September, lebih awal daripada tarikh yang menjadi matlamat projek itu yakni 26 September. Pasukan pengaman antarabangsa telah meninggalkan tempat itu antara 10 hingga 13 September. Pada 3 September, perjanjian damai Habib telah diceroboh untuk kali pertama, apabila tentera Israel menceroboh Bir Hassan, di bahagian selatan Beirut. Sebelum itu Sharon telah menyatakan dia mahu semua pasukan pengaman keluar daripada bumi Beirut. Kematian Bashir Gemayel, seorang pemimpin puak Phalangist yang bersekutu dengan Israel, oleh pembunuh (yang tidak dikenali), Ariel Sharon telah mengarahkan penaklukan Beirut-barat dengan alasan mahu mententeramkan keadaan, sedangkan pada waktu itu Beirut-Barat memang dalam keadaan tenang. Penaklukan itu merupakan pencabulan Perjanjian Habib. Yang lebih penting ialah pencabulan sejak permulaan kedatangan askar Israel itu adalah bertentangan dengan Geneva Convention yang Keempat dan Protocol 1,. Wartawan Israel, Zeev Schiff dan Ehud Ya’ari telah menceritakan kisah Sharon yang bertegas mengarahkan militia Phalangist memasuki khemah pelarian Palestin di Sabra dan Shatila (sila baca Israel’s Lebanon War). Untuk melaksanakan rencana itu, Sharon telah mengadakan beberapa mesyuarat pada September 15 dengan Elie Hobeika, Fadie Frem dan Zahi Bustani (pemimpin militia) dan dengan Amin dan Pierre Gemayel, pemimpin politik parti Phalangist. Para pemimpin askar Isarel, termasuk Sharon memang amat sedar akan ‘mood’ kumpulan Phalangist, sejurus selepas kehilangan pemimpin mereka yang telah dibunuh. Sesiapa yang mempunyai pengetahuan perasaan puak Phalangist tentu sedar sikap mereka terhadap kaum Palestin dan apa yang mungkin berlaku seandainya mereka dibenarkan memasuki khemah pelarian itu. "Tell al-Zaer" adalah satu nama yang popular di Lubnan dan juga Israel. Itulah khemah di Beirut-Timur di mana untuk pertama kalinya saya bertemu dengan pelarian Palestin pada tahun 1975. Mereka telah terkepung selama 53 hari oleh kumpulan Phalangist dan militia Maronite-Tiger ketika musim panas tahun 1976. Apabila pelarian Palestin menyerah diri, Pertubuhan Red Cross International tidak berjaya memberikan perlindungan keselamatan kepada penduduk khemah pelarian itu sehingga berlaku pembunuhan beramai-ramai yang melibatkan lebih 1000 (satu ribu) orang awam. Komander tentera Israel, Eitan, Drori dan Yaron telah menceritakan kisah bagaimana kumpulan Phalangist begitu taksub membalas dendam, sambil menyebut ‘lautan darah’ dan ‘ksach’ (bahasa Arab bererti memenggal dan mengelar kepala). Melihatkan keadaan itu, Sharon telah memberikan lampu hijau kepada Phalangist untuk memasuki Sabra dan Shatila. Itulah pembunuhan beramai-ramai yang mereka lakukan sebaik malam menjadi gelap pada 16 September. Ketika penyembelihan itu dilakukan saya sedang bertugas di hospital Gaza di Sabra. Keadaan menjadi kelam-kabut dan tidak menentu. Mereka yang tercedera telah diusung memasuki hospital sehinggakan bilik mayat kami sendat dalam masa yang singkat. Kebanyakan mangsa telah menanggung kesiksaan luka yang disebabkan peluru, dan ada segelintir yang terkena serpihan bom. Pada 17 September barulah jelas betapa kumpulan Phalangist (ataupun dikenali juga dengan panggilan ‘Kataeb’ dan/ataupun kumpulan militia Saad Hadad) telah menerima kewangan dan kelengkapan perang daripada Israel untuk menyembelih masyarakat awam Palestin. Ada seorang budak lelaki berumur sepuluh tahun yang dibawa masuk hospital itu. Dia telah terkena tembak tetapi masih bernafas lagi. Sepanjang malam itu dia tercedera, terbaring di bawah longgokan mayat ibu dan bapanya, abang dan kakaknya. Kerja penyembelihan di malam hari itu dibantu oleh tembakan cahaya suluhan oleh pasukan Israel. Sejurus kami sampai di pintu keluar kem pelarian itu, saya terlihat satu bayangan yang tidak dapat dilupakan: ada satu longgokan tanah merah yang menyungkup tangan dan kaki manusia yang kelihatan terjuntai keluar daripada timbunan itu. Di sebelah timbunan tanah itu terletak satu jentolak yang mempunyai tulisan Hebrew yang terpampang pada badannya. Sejurus mendekati bahagian luar kem itu, kami telah diarahkan menanggalkan pakaian uniform hospital dan telah diarahkan berdiri di tepi tembok. Pada waktu itu seorang pegawai tentera Israel tiba dengan sebuah kereta askar. Dia telah menyelamatkan nyawa kami, memberi arahan kepada pasukan militia menyerahkan kami kepada askar Israel. Di sepanjang sempadan selatan dan barat khemah itu kami dapat melihat kereta-kebal dan laluannya yang belum siap. Setelah menyoal-siasat kami di ibupejabat tentera Israel, pasukan ‘Kataeb’ itu membawa kami memasuki satu pos pemerintah Israel yang berada sekitar 75 meter jauhnya dari situ. Pos itu melupakan sebuah bangunan sekitar empat hingga lima tingkat tingginya di pinggir Shatila. (Beberapa minggu kemudiannya saya berjaya naik ke tingkat atas untuk melihat pandangan yang jelas di persekitarannya dan melihat kemusnahan dahsyat Shatila). Askar Israel itu tidak merasa selesa kerana dikerumuni oleh 20 warga Eropah dan Amerika. Mereka bertanya apa yang kami mahu. Kami menjawab mahu pulang ke hospital Gaza. Itu tidak mungkin kata mereka, kerana terlalu berbahaya. Akhirnya dua orang antara kami dibenarkan pulang ke hospital berbekal pas lalu-lalang dalam bahasa Hebrew dan Arab. Memang jelas wujud kordinasi dalam pergerakan askar Israel dan pasukan militia, dan pihak Israel ternyata menguasai keadaan. Adalah tidak mudah untuk mereka melihat dengan jelas keadaan yang berlaku di lorong-lorong sempit Sabra dan Shatila. Tetapi, sejurus bermulanya pembunuh beramai-ramai itu, laporan mengenainya pun dapat didengar daripada mulut askar-askar Israel. Pihak pemerintah askar Israel tidak pernah berusaha menghentikan kekejaman itu. Kumpulan manusia yang keluar daripada khemah pelarian itu yang mengibarkan bendera putih (sebagai tanda menyerah diri) telah dipaksa memasuki khemah itu semula. Malahan pada pagi 18 September, ketika kami dibawa keluar daripada khemah itu, kami dapat melihat pasukan militia Kataeb yang segar-bugar memasuki kem itu dengan diawasi oleh pasukan Israel. Dua puluh minit selepas kami meninggalkan sepasukan wanita, kanak-kanak dan warga tua di jalan besar Sabra, kami terdengar tembakan bertalu-talu daripada senjata automatik. Swee seorang doktor ortopedik, memberitahu saya betapa seorang ibu Palestin cuba menyerahkan anak kecilnya kepada Swee, seolah-olah dia sedar tragedi yang akan berlaku. Bayi itu telah ditarik semula daripada pelukan Swee oleh seorang askar untuk diserahkan kembali kepada ibu kandungnya. Pada hari Ahad 19 September, saya pergi semula ke Sabra dan Shatila bersama dua orang warga Denmark dan seorang wartawan Belanda. Askar Lubnan telahpun mengepung kem pelarian itu dan tidak membenarkan wartawan memasukinya. Kami berjaya menyusup masuk dan menjadi terkejut melihatkan kemusnahan dan kebinatangan yang dilakukan. Israel telah mengarahkan puak militia keluar daripada kem itu pada hari Sabtu, setelah mereka melakukan kekejaman dan penyembelihan yang lebih dahsyat lagi sejurus kami dibawa keluar pada pagi Sabtu itu. Pasukan Pertahanan Sivil Lubnan telah mengutip mayat yang masih bergelimpangan untuk dikambus oleh jentolak. Kami masih tidak tahu jumlah mangsa yang mati kerana disembelih pada 16 September, 17, dan 18 pada tahun 1982. Mungkin 1500? 200? Ataupun lebih banyak lagi? Ketika hujan musim luruh mula menitis pada akhir bulan Disember, air kumbahan mula membanjiri Sabra dan Shatila. Banjir itu adalah disebabkan saluran kumbahan itu masih tersumbat oleh mayat dan bahagian badan orang mati yang telah dicampakkan ke longkang jamban. Anggota badan manusia yang dapat dikumpulkan oleh Pertahanan Sivil Lubnan itu telah dikuburkan dalam satu lubang besar di Shatila. Ada satu lubang besar yang dijadikan kubur di sebuah padang golf berdekatan situ. Dan banyak lagi kubur besar yang tidak pernah digali semula. Kerajaan Lubnan di bawah Presiden Amin Gemayel, telah menegah penggalian kubur itu. Perdana menteri Begin pernah berkata: "Goyim telah membunuh goyim dan mereka menuduh Israel melakukannya." Memanglah kerja-kerja penyembelihan itu adalah hasil kerja Hobeika, Frem, dan kumpulan jenayah mereka. Tetapi semua itu tidak dapat berlaku kalau Sharon tidak merelakan dan menyalakan lampu hijau sebagai tanda bermulanya operasi ganas itu. Sharon mahu memusnahkan saki baki infrastruktur PLO di Lubnan dengan apa cara jua. Saya berada di Sabra dan Shatila. Tidak wujud ‘pengganas seramai 2000 – 3000 orang" seperti yang didakwa oleh Sharon. Kalaupun ada pengganas ketika itu, mereka adalah budak-budak yang berumur sekitar 10 hingga 12 tahun yang cuba melindungi keluarga mereka bersenjatakan senapang angin yang digunakan untuk memburu burung. Kalaulah ada satu ratus Fedayen yang bertahan di situ, semua itu tidak akan terjadi. Apabila seseorang meletakkan seekor ular berbisa dalam buaian seorang anak kecil, dan anak itu mati, tanggungjawab kematian terletak kepada orang yang meletakkan ular itu dalam buaian tersebut. Kerana itu komander Israel bernama Eitran, Dori dan Yaron turut bertanggungjawab. Yang paling kuat berdosa ialah Sharon kerana dia menjadi bos di situ. Dia mampu mencegah tragedi itu, tetapi dia sengaja mahu menghalau Palestin keluar daripada Beirut memasuki Jordan, yang merupakan ‘negara Palestin’ mengikut pendapat Sharon. Episod Deir Yassin berulang kembali. Pada tahun 1982, Begin telah mencemuh Palestin dengan panggilan ‘haiwan dua kaki’. Eitan menceritakan sindiran kisah lipas yang mabuk dalam botol. Kisah pengaiban bangsa Palestin masih menjadi punca kenapa askar Israel memperlekehkan nyawa orang Palestin. Tindakan 400,000 orang Israel yang menunjuk perasaan di Tel Aviv harus diberikan pujian. Ada satu siasatan di Israel yang dilakukan oleh Suruhanjaya Kahane menyiasat kisah pembunuhan beramai-ramai itu. Hakim Fgermanos yang menjadi pengadil dalam siasatan itu tidak dapat menentukan identiti puak Lubnan yang terlibat. Rumusan siasatan Suruhanjaya itu terlalu dangkal kerana Sharon didapati hanya terlibat dan dengan itu tidak layak menjadi menteri pertahanan Israel. Tetapi, apakah itu melayakkannya menjadi perdana menteri Israel? Bagiamanakah perkara ini dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Israel? Mengikut pendapat saya Ariel Sharon adalah seorang penjenayah perang. Mangsa jenayah perang itu telah meraung mahukan keadilan. Kerana itu Augusto Pinochet terpaksa diadili, begitu juga Radovan Karadzjic, Ratko Mladic dan Slobodan Milosevic. Keluarga Intissar Ismail meraung mahukan keadilan. Intissar merupakan seorang jururawat Palestin yang menarik berumur 19 tahun. Saya bertugas dengannya di Akkasa hospital di Shatila pada malam 14 dan 15 September. Keadaan malam itu sungguh sunyi dan kami mendengar radio sahaja. Berita menyiarkan kematian Bashir Gemayel. Saya dapat melihat perasaan takut terpancar di muka Intissar dan telah menenangkannya. Pada keesokan pagi jam tujuh, saya tinggalkan hospital dan pergi ke jalan besar Shatila. Tiba-tiba pesawat juang Israel muncul di bahagian angkasa perkhemahan itu dengan terbang rendah. Di luar kem itu saya telah menaiki sebuah teksi pergi Ras Beirut. Di hujung jalan saya dapat melihat pemuda Lubnan. Mereka lengkap bersenjata menuju hala selatan. Apakah yang mereka tunggu? Enam hari kemudiannya dan di luar jangkaan, saya pulang semula ke hospital Akka yang sudah terbakar. Seorang pemandu ambulans memberitahu betapa Intissar berada di kediaman jururawat di bahagian bawah hospital ketika militia Phalangist tiba. Dia telah diperkosa beramai-ramai dan dibunuh. Mayatnya telah dicemarkan tanpa dapat dikenali lagi. Hanya cincin di jari membolehkan ibu dan bapanya mengecam identiti mayatnya. Intissar meraung mahukan keadilan. 2000 nyawa mangsa yang tidak berdosa meraung mahukan keadilan. Itu sahaja penyelesaiannya. Kalaulah Sharon berada di Eropah dan dia boleh ditangkap dan dihantar memasuki penjara Schevennigen. Apakah saya berlagak terlalu sinis apabila mendakwa Eropah gagal dalam usaha menangkap penjenayah perang Israel untuk diadili? Apakah saya terlalu pessimis apabila saya katakan bahawa ‘Sabra dan Shatila’ bukannya jenayah perang yang pertama yang dilakukann oleh Sharon? Terjemahan oleh SPAR (Suntingan Z-M@R)