Make your own free website on Tripod.com

Sudah Tiba Masanya Kita Hentikan Membela Israel
(It’s Time To Stop Defending Israel)


Seorang penerbit buku yang juga merupakan seorang penulis yang saya hormati telah menghantar satu laporan risikan yang dikatanya ‘eksklusif’ yang dibawa keluar daripada Ramallah, katanya oleh seorang wanita Arab yang pernah terkepung di sana. Propaganda yang sungguh songsang ini telah memaut minat saya untuk membaca beberapa perenggan isinya sehingga saya tiba di bahagian di mana 'penduduk tempatan' telah mengganas di Ramallah bersama dengan IDF.

Itupun sudah cukup untuk saya. Saya telah menghantar sepucuk surat kepada penerbit itu, seorang wanita Yahudi, yang nampaknya telah terlupa satu perkara kecil, dan telah meminta beliau menghentikan pengiriman berita bohong melalui e-mail. Tidak ada penduduk tempatan yang mengganas di Ramallah. Dia menjawab tulisan saya. "Buktikan saya tersilap."

Saya menjawab dengan tenang, "Tidak, anda yang perlu buktikan kepada saya. Carilah nama ataupun gambar "peserta" yang mengganas di Ramallah. Saya tidak perlu membuktikan sesuatu kepada anda."

Sampai masanya untuk kita hentikan membela Israel. Kita tidak perlu melakukannya dan sesiapa yang berdebat mengenai keganasan Israel terhadap kemurahan hati Arab yang cintakan kedamaian dengan melibatkan dirinya dengan syarat sendiri akan mendapati dirinya tersilap bersama Israel yang ternyata bersalah.

Apakah gunanya? Lihat sahaja siaran CNN kelmarin. Wold Blitzer yang bersikap riang telah menyoal para penonton mengundi beberapa soalan ‘poll’: Dapatkah kedamaian diwujudkan di Timur Tengah dengan Sharon mengawasinya? Sudah tentu andaiannya ialah Sharon yang bertanggungjawab kerana peperangan itu dan tiada siapa lagi. Siapa yang akan menghantar undinya dalam ‘poll’ yang menipu seperti itu? (hanya orang UMNO dan BN mungkin – Penterjemah)

Jawapan yang berikut ini mungkin merupakan yang wajar untuk setiap yahudi yang mempunyai harga diri.

"Maaf, saya sedar anda tidak menyukai kami dan bersekongkol dengan pembunuh kami, oleh itu saya tidak berasa senang bercakap dengan anda."

Tidak, marilah kita hentikan membela Israel kerana kehaprakan bajingan yang menyerang kita dan menggunakan tenaga kita lebih berkesan lagi dengan menumpaskan Israel itu dengan usaha kita sendiri. Pertahanan pertama kita ialah kebenaran dan kita tidak akan mendapat kebebasan selagi kita tidak mengnyahkan segala kuasa yang menyebabkan peperangan ini dan merancang penghapusan kita.

Maklumat berikut datang daripada sumber yang sahih tetapi bukan semuanya sudah diperakukan. Eloklah kita kumpulkan maklumat risikan secara berkumpulan.

Pencerobohan Nazis

Saya telah diberikan satu dokumen yang sungguh menarik membabitkan Simon Peres kepada kumpulan "bekas" nazis di Peranchis, di mana ahli yang paling ternama ialah Francois Mitterand. Saya akan tulis kes ini dalam tulisan yang akan datang.

Pada tahun 1994 ada satu tulisan ‘Inside Israel’ yang mendedahkan betapa ‘Peace Now’ telah menerima sumbangan dana yang lumayan daripada tabung pro-nazi yang berpengkalan di Ein Kerem, Jerusalem. Seorang pemberi maklumat yang dipercayai berkata: "Anda tentu faham betapa para jurucakap yang berfahaman kiri yang hadir di Van Leer Institute di Jerusalem. Kumpulan Van Leer memang terkenal sebagai sekongkolan Nazi Belanda. Itu sebabnya Martin Buber (seorang aktivis – Penterjemah) enggan bercakap di situ. Kenapakah pejabat mereka di Jerusalem mempunyai sambungan kepada pejabat Presiden negara?

Kisah Rebbetzin Peres

Apakah yang sudah jadi dengan isteri Simon Peres yang bernama Sonia? Kita sudah tidak melihatnya lagi. Dulu dapat juga kita melihatnya dipertontonkan, tetapi sejak suaminya bersekedudukan dan sibuk menggalakkan kerjaya politik Collette Avital, Sonia sudah tidak kelihatan lagi. Nampaknya Sonia sudah berjaya membalas dendam.

Shamgar Yang Menyelamatkan Keadaan

Kita ada berita yang diceritakan oleh seorang peguam yang juga merupakan ketua satu pergerakan politik. Dia memang boleh dipercayai dan kami telah berbincang mengenai beberapa perkara. Contohnya kisah penghakiman Demanjuk. (Demanjuk ialah pegawai Jerman yang dituduh terlibat meracuni banduan yahudi di kem tahanan ketika Perang Dunia Kedua – Penterjemah). Dov Eitan telah dilantik untuk menjadi peguambela kepada Demanjuk. Beliau telah mendedahkan betapa kerajaan tersilap orang dan menangkap orang yang tidak berdosa. Dia ‘mati’ sebelum dibicarakan dan ramai orang yang berfikiran bahawa kematiannya itu adalah kerana keuzuran usianya. (Ada cerita lain mengatakan Demanjuk telah dibunuh untuk menyelamatkan aib pihak yang menangkapnya - Penterjemah).

Dalam buku saya "The Last Days of Israel", dan dalam buku tulisan Natan Gafen berjudul "Fatal Sting’ kami berdua telah mendedahkan bahan bukti betapa dalam pilihanraya umum Israel tahun 1996 dulu keputusannya telah dicemari oleh penipuan. Sebenarnya Peres telah menang dengan kelebihan 2%, tetapi telah diperas-ugut lebih awal sebelum pilihanraya itu lagi berdasarkan sekongkolannya dalam pembunuhan Rabin (bekas perdana menteri yang terbunuh dulu – Penterjemah). 148,000 kertas undi yang memangkah Peres telah dimusnahkan sebelum kertas itu dikira secara rasminya.

Peguamcara itu bersetuju dengan saya. "Memang tepat maklumat yang anda terima. Apa yang sebenarnya terjadi, Shamgar telah memberi amaran kepada Peres, bahawa dia mahu mendedahkan kisah sebenar kecuali Netanyahu menang dalam pilihanraya itu."

Bersambung ke Bahagian 2...

Terjemahan oleh SPAR - 17.04.2002