Make your own free website on Tripod.com

CIA dan Rampasan Kuasa Venezuela
(The CIA And The Venezuela Coup)

Oleh: William Blum. CounerPunch.org. 14/4/2002.

Bagaimana anda tahu CIA terlibat denagn rampasan kuasa yang menggulingkan Hugo Chaves?

Sama caranya anda mengetahui bahawa mentari akan muncul esok pagi. Itulah yang selalunya yang berlaku dan tidak ada sebab memikirkan esok hari akan menjadi lain pula.

Cuba renungkan jenayah Chaves:

Dia mengutuk AS ketika Afghanistan diserang dan mengecam sikap ‘memerangi keganasan dengan menggunakan keganasan’, dia mendesak agar ditamatkan ‘kebajingan membunuh orang yang tidak berdosa’, sambil memegang tinggi gambar anak-anak yang terbunuh disebabkan serangan bom Amerika. Dia mencemuh bahawa kematian mereka ‘adalah tidak wajar, kerana serangan di New Yorkpun tidak mengorbankan kanak-kanak’. Sebagai membalasnya, pentadbiran Bush telah menarik keluar dutanya, untuk sementara.

Oleh kerana dia akrab dengan Fidel Castro, dia menjual minyak kepada Cuba pada harga yang lebih rendah.

Menteri Pertahanannya telah meminta missi tetap tentera AS di Venezuela untuk mengosongkan pejabat mereka di ibupejabat tentera di Caracass, dengan alasan kehadiran mereka adalah amalan basi Perang Dingin dulu. Chaves enggan bekerjasama dengan AS dalam peperangan mereka terhadap gerila Colombia.

Dia telah menafikan ruang angkasa Venezuela kepada penerbangan pesawat Amerika yang membawa dadah.

Chaves enggan memberikan maklumat kepada risikan Amerika akan perihal masyarakat Arab yang memang ramai di Venezuela.

Dia mempersoalkan kebijaksanaan globalisasi.

Dia menganjurkan blok dagangan bebas dan menyatukan pengendalian operasi minyak di Latin Amerika sebagai satu cara untuk membebaskan negaranya daripada cengkaman ekonomi Amerika.

Chaves pernah melawat Saddam Husein di Iraq dan Moammar Gadafi di Libya.

Banyak lagi kelakuannya yang tidak disenangi oleh aristokrat Washington dalam usaha menyenangkan kaum marhaen negaranya.

Sudah menjadi amalan Amerika Syarikat menggulingkan banyak kerajaan yang tidak sanggup bersekongkol dengan rentaknya.

‘The Washington Post’ telah melaporkan daripada Venezuela pada 13 April: “Anggota parti pembangkang telah membuat lawatan memasuki kedutaan AS di sini sejak beberapa minggu kebelakangan, dengan harapan dapat bantuan AS menumbangkan Chavez. Pelawat itu termasuk pemimpin tentera yang aktif dan sudah bersara, pemimpin media dan pemimpin parti politik pembangkang.

“Pihak pembangkang telah mengemukakan persoalan “apa akan jadi seandainya...” kata seorang pegawai AS yang amat faham akan usaha itu. “Apa akan jadi kalau perkara itu berlaku? Apa pula kalau yang ini berlaku? Bagaimana kalau perkara itu dikaji daripada sudut ini? Kepda setiap senario itu kami enggan menjawabnya. Kami sedar apa bahana rampasan kuasa dan kami tidak mahu menyokongnya.”

Memanglah, kerana mereka tidak memberikan sokongannya. Tetapi, apa yang akan jadi kalau rampasan kuasa itu menerima sokongan mereka? Takkan mereka sebut perkara itu satu rampasan kuasa. Mereka menyebutnya sebagai ‘pertukaran kerajaan’ dan katakanlah Chaves tersingkir ‘kerana itu yang dikehendaki oleh rakyat Venezuela’. Itukah yang dikatakan demokrasi yang berakar-umbi?

Pihak pembangkang memang telah dibawa melawat Washington sejak bulan-bulan kebelakangan ini, termasuk sekurang-kurangnya satu delegasi yang ditaja oleh International Republican Institure, yang merupakan sebahagian National Endowment for Democracy, yang memang sudah lama digunakan oleh CIA untuk tugas risikan di luar negara

Menjatuhkan seorang tokoh seperti Hugo Chaves, yang dikatakan bersalah kerana tipu helah itu, adalah satu tugas kemestian bagi CIA kerana alasannya ialah ia tidak terbabit dengan operasinya kecuali agensi itu sudahpun dibubarkan secara rahsia.

- William Burn ialah pengarang buku ‘Killing Hope’ US military and CIA Interventions Since World War II and Rogue Stage: A guide to the world’s Only Superpower. Blum boleh dihubungi melalui Bblum6@aol.com


SPAR