Make your own free website on Tripod.com

ADAKAH TINDAKAN POLIS SAH??

SEPANG, - Ceramah Gerak Gempur serentak pada 13 Mei 2002 di seluruh Selangor dan Wilayah anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat dan Negeri telah membuktikan betapa arahan Timbalan Perdana Menteri tidak diendahkan oleh pihak polis di kedua-dua negeri ini.

Di Batu Laut, permohonan bagi mengadakan ceramah umum telah ditolak oleh OCPD Kuala Langat. Bagaimanapun PAS Kawasan telah menukar format ceramah umum kepada sesi taklimat untuk ahli-ahli PAS yang diadakan di kediaman peribadi Tuan Haji Sukiran, Yang DiPertua PAS Kawasan Sepang di Batu Laut.

Jemputan untuk menghadiri ke sesi taklimat bagi ahli-ahli PAS telah diedarkan sesama ahli sahaja.Malangnya, pihak polis yang diketuai oleh OCPD Malek Harun telah menghalang sesi taklimat dan aktiviti parti PAS yang berdaftar ini daripada dijalankan di dalam premis peribadi YDP PAS Kawasan.

Lebih dari seratus polis dan Unit Khas telah mengepung kediaman beliau mulai jam 5:30 petang pada 13 April 2002. Tiga sekatan jalanraya juga kelihatan dari arah Banting ke Batu laut dan dua lagi sekatan jalanraya dibuat dari Bagan Lalang ke Batu Laut.

Selepas solat Mahgrib, para jemputan dan ahli PAS masuk ke dalam rumah untuk menikmati jamuan. Dalam masa yang sama tuan rumah ingin menutup pagar rumah tetapi dihalang oleh OCPD Kuala Langat itu.

Kemudian OCPD menceroboh masuk ke dalam premis peribadi itu dan dikuti oleh sekumpulan polis. Tindakan polis yang tidak mempunyai waran mahkamah serta tidak meminta izin dari tuan rumah ke dalam kawasan rumah adalah dianggap sebagai suatu yang keterlaluan.

Malah YDP PAS Kawasan hampir dilanggar oleh trak polis yang cuba mengundur masuk ke dalam kawasan berpagar kediaman beliau. Meskipun, YDP PAS Kawasan cuba berbincang dengan baik bersama OCPD tetapi YDP PAS Kawasan dan 3 orang Pemuda PAS telah ditahan di dalam kawasan rumah YDP sendiri atas alasan menghalang tugas polis.

Kemudian mereka dibawa ke lokap balai polis Tanjung Sepat pada jam sekitar 9:15 malam.

Sesi ceramah dan taklimat PAS tetap diteruskan dalam rumah YDP PAS Kawasan. Penceramah undangan pada malam itu ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Tuan Haji Mahfuz Omat dan Setiausaha Agung PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Mat Isa.

Kedua-dua pimpinan PAS Pusat ini sempat memberi ceramah sehingga jam 11:40 malam sebelum di adakan sesi solat hajat dan pembacaan doa. Adakah Tindakan Polis Sah

Sepanjang sesi ceramah tersebut, polis tidak membenarkan urusetia program PAS menggunakan sistem siaraya walaupun di dalam rumah tersebut.

Lebihkurang jam 1 pagi kemudian, YDP PAS Kawasan bersama tiga Pemuda PAS yang ditahan telah di pindahkan ke balai polis Banting dan dimasukkan ke dalam lokap sehingga jam 5 petang esoknya.

Keempat-empat ahli PAS ini kemudian dibebaskan selepas jam 5:30 petang pada 14 Mei 2002 dengan ikat jamin.

Pada malam hari pula, satu sesi solat hajat telah dilakukan secara serentak dan beramai-ramai di Banting dan Dengkil sempena dengan pembebasan YDP PAS Kawasan dan pemuda-pemuda PAS tersebut.

Keesokan harinya, dengan ditemani oleh seorang peguam, YDP PAS Kawasan dan menantunya yang turut sama ditahan pada 13 Mei 2002 telah membuat laporan polis terhadap kejadian pencerobohan oleh OCPD Malek Harun, Inspektor Roslan, dan seorang ASP Sanmugam ke dalam premis beliau pada 13 Mei tersebut serta cubaan polis mengganggu program parti yang sah di sisi undang-undang.

PAS Sepang sedang mempertimbangkan untuk memfailkan saman ke atas ke atas ketiga-tiga pihak ini dengan bantuan Lajnah Guaman PAS.

Rata-rata rakyat tempatan d sekitar Banting dan Batu Laut menyatakan kekesalan mereka terhadap polis yang keterlaluan walaupun polis tahu belum pernah ada satu majlis ceramah di Sepang sejak ia ditubuhkan mencetuskan sebarang kacau-bilau atau mengganggu keselamatan orang ramai.