Make your own free website on Tripod.com

Perjanjian Rahsia Ketenteraan Antara AS dan Israel
(Secret Military Agreement Between US And Israel)
Oleh: Timothy Bancroft-Hinchey

Ada satu perjanjian rahsia ketenteraan antara AS dan Israel di mana Israel dibenarkan peluang mengguna kelengkapan senjata perang yang dibekalkan oleh Washington seandainya meletus peperangan di Timur Tengah.

Untuk beberapa tahun, Washington telah membekalkan Israel dengan berjuta tan senjata, yang kini bernilai lebih 3 bilion Dollar setahun, dan kebanyakannya disimpan dalam stor simpanan di bawah tanah. Bekalan senjata perang yang menggunung banyaknya merupakan peluru, minyak dan juga hospital yang diperlukan oleh Israel bila-bila masa, mengikut satu perjanjian rahsia ketenteraan yang membenarkan mereka menggunakannya. Intipati sebenar perjanjian itu tidak pula diketahui.

Hubungan ketenteraan antara dua pihak yang bersekutu itu memang telah lama berkembang, sejak tercetusnya Perang Yom Kippur, pada tahun 1973. Ketika itu askar Israel telah tersepit oleh serangan daripada dua serangan: Syria di bahagian utara dan Mesir di bahagian selatan. Pengalaman diserang daripada dua medan perang yang berbeza, memberikan banyak peluang kepada Negara Arab untuk mengalahkan Israel. Namun, seminggu selepas peperangan itu meledak, Presiden Richard Nixon, telah menghantar dua kapal induk pembawa pesawat pejuang daripada armada Sixth Fleet untuk memunggah 22,000 tan bekalan perang dan peluru yang membolehkan Israel merobah corak peperangannya untuk mencapai kejayaan.

Pada waktu ini adalah amat sukar untuk sesiapa menyerang Israel dengan mudah. Selain daripada sokongan padu yang diterima daripada Washington, Israel mempunyai rancangan pembangunan senjatanya sendiri; pesawat pejuangnya daripada kelas F-15 dan F-16 mempunyai kelengkapan digital yang lebih tinggi teknologinya daripada pesawat Amerika, dan begitu juga dengan kelengkapan teknologi yang terdapat pada 4,000 kereta kebal Israel.

Dari segi penggemblengan pula, Israel mempunyai keupayaan memanggil anggota simpanan untuk bertugas secara aktif dengan tempoh panggilan yang singkat, menjadikannya satu ketumbukan ketenteraan yang paling pantas di dunia ini. Begitu juga dengan tentera udara Israel yang boleh mengatur 4,000 missi penerbangan setiap hari berbanding keupayaan tentera udara Amerika (USAF) yang hanya dapat menjamin 1,600 missi sahaja.

Israel menyimpan rahsia kekuatan sebenar Angkatan Tenteranya. Namun, adalah dianggarkan bahawa IAF itu mempunyai 459 pesawat juang, termasuk 237 F-16, 73 F-15 dan 50 F-4 2000, termasuk 37,000 anggota udara. Tentera laut Israel mempunyai 53 bot ronda dan 4 kapalselam, dan 6,500 tentera laut sepenuh masa. Di bahagian kavalri pula, terdapat sekitar 3,800 kenderaan kombat, termasuk 1,100 Merkava, I/II/III, 800 Centurions, 600 M60A3, 400 Magach 7, 300 setiap satu jenis M-60A1 dan M-48A5. Anggota tentera yang mengendalikan semua ini berjumlah 130,000 orang. Jumlah seluruhnya adalah sekitar 173,500 yang boleh ditingkatkan sehingga melibatkan 600,000 anggota simpanan terlatih.

Timbunan kelengkapan dan minyak pengangkutan membenarkan Israeli Armed Forces melancarkan tindakan autonomi yang bebas, tanpa perlu tambahan kelengkapan selama empat bulan.


SPAR.