Make your own free website on Tripod.com

Gorilla 800 Pound Tanggungan Pembayar Cukai Amerika Syarikat
(‘800-lb Gorilla’ paid For By US Taxpayers)
Oleh: David Wood – Newhouse News Service

(Catatan: Selain senarai senjata yang disiarkan, kita mesti sedar bahawa Israel merupakan kuasa nuklear ketenteraan yang terbesar di dunia - antara nombor tiga ataupun nombor empat kekuatannya)

WASHINGTON – Ada satu masa dulu, dalam sejarah penderitaan Israel dan Arab, Amerika Syarikat merupakan kuasa besar ketenteraan yang tidak ada tolok bandingnya di Timur Tengah sehingga mampu mencengkam kuasa dan kesetiaan tanpa ada sesiapa yang mempersoalkannya.

Tetapi keadaan begitu sudah lama berlalu.

Kini Israel merupakan kuasa besar rantau itu, dan kalau satu ketika dulu Amerika Syarikat diharapkan memberi sokongan diplomasi dan bantuan ketenteraan untuk menyelamatkan Israel, kini Israel boleh menenyeh hidung Washington untuk berbuat apa yang dia suka.

Israel, boleh menyediakan 19 divisyen tentera darat bila-bila masa, berbanding Amerika yang mempunyai hanya 13 divisyen di merata dunia dan memerlukan berminggu-minggu untuk menonjolkan kehebatan tenteranya di rantau itu.

Pasukan tentera udara Israel, yang menggunakan pesawat terbang lebihan Amerika US. F-15 F-16 tetapi diperbaiki kecanggihannya dengan teknologi sendiri, boleh menyediakan 3,000 ‘sorties’ ataupun missi kombat, setiap hari. Amerika Syarikat hanya terdaya menyediakan 1,600 sorti sahaja setiap hari. Keupayaan serangan udara semacam itu memberikan kebebasan penuh kepada tentera Israel, bukan sahaja terhadap pejuang jalanan Palestin, tetapi terhadap musuh ketatnya Syria dan Mesir.

“Kita sudah mencipta satu gorilla seberat 800 pound” kata Kenneth Brower, seorang perunding bebas tentera di Washington, sambil mengkaji bantuan ketenteraan AS kepada Israel sejak berdekad lamanya.

Semalam, adalah hari ke-11 penaklukan Israel ke atas jajahan bumi Palestin. Israel menunjukkan helah akur kepada tekanan AS dengan mengumumkan ia mahu berundur daripada dua Bandar di Tebing Barat sedangkan masih ada enam Bandar lagi yang sedang dikepungnya. Ia hanya berundur daripada Qaliliya dan Tukarem tetapi masih mengepung kawasan sempadannya. Menteri pertahanan Israel memberikan bayangan akan undur daripada Bandar lain hanya selepas pihak gerila Palestin berhenti mengganas.

Amerika Syarikat menyalurkan sekitar USD 3 juta dollar setahun untuk pembelian senjata perang sejak akhir 1970-an dan memindahkan teknologi ketenteraan yang baru secara percuma ataupun pada harga murah mengikut program kerajaan dan perjanjian komersial.

Tambahan pula, AS memang mempunyai simpanan kelengkapan perang yang bernilai ratusan juta dollar termasuk kelengkapan hospital dan perubatan untuk kegunaan tentera Amerika. Perjanjian dengan Israel mengenai perkara ini dianggap satu rahsia besar. Tetapi ramai analis perang menganggap Israel diberikan ruang menggunakan simpanan itu.

“Memang ramai yang berkata bahawa Israel diberikan kelulusan menggunakan bahan simpanan Amerika itu,” kata Shoshana Bryen , seorang pengamat di Jewish Institute for National Security Affairs, sebuah institusi pemikir di Washington. “Saya mengagak, setiap kali Israel memerlukan simpanan itu, keizinan pasti diberikan.”

Kerancakan kegiatan kombat Israel tidak didorong oleh saiznya berbanding factor lain. Sebagai contoh, juruteknik Israel telah berjaya menambah bahan digital kepada pejuang F-16 menjadikannya lebih berbisa daripada versi terbaru bikinan Amerika untuk pasukan udaranya, kata Brower.

Israel mampu menerbangkan pesawatnya lebih galak lagi setiap hari kerana wujudnya pemandu kapalterbang yang berpengalaman. Ini membolehkan pasukan tentera udaranya menggunakan satu pesawat juang itu berkali-kali sambil merehatkan juruterbang yang keletihan untuk diganti dengan juruterbang yang masih segar lagi. Di Amerika tidak ada sistem penggantian juruterbang kombat seperti itu.;

Israel banyak bergantung kepada pasukan simpanannya. Terdapat hamper satu juta warga Israel di bawah umur 48 yang mudah dikerah setiap hari. Semuanya sudah berkhidmat selama tiga tahun secara aktif, dan diberikan latihan sukarelawan pula. Unit simpanan adalah unit yang terlatih dalam penggunaan kenderaan dan senjata.

“Ini merupakan system yang paling berkesan sekali,” kata Anthony Cordesman, seorang analis kanan di Centre for Strategic and International Studies di Washington. “Mampukah mereka menenyeh hidung kita? Memang boleh untuk satu ketika sahaja. Tetapi mereka tidak mempunyai asas teknikal dan pengeluaran yang memberikan keupayaan berpanjangan tanpa sumbangan kita untuk membekalkannya.”

Tetapi Cordesman menganggarkan betapa Israel mampu berperang sendirian selama dua tahun sebelum memerlukan bantuan luar.

Keadaan memang getir pada 1973, ketika Mesir dan Syria menyerang Israel ketika perayaan Yom Kippur. Ketika kereta kebal Mesir menyeberang Semenanjung Sinai dan memecahkan benteng Israel, kerajaan Israel menjadi gelabah dan merayu Amerika Syarikat membantunya.

Ketika itu Presiden Nixon menghantar dua buah kapal induk ke pesisiran pantai Israel dan mengarahkan pasukan kombat Amerika untuk bersiap siaga. Lapan hari kemudiannya, pesawat pengangkut AS telah mengirim lebih 22,000 tan bekalan bantuan kepada Israel, termasuk kereta kebal dan jet pejuang.

Bekalan Amerika itu mengubah imbangan ketenteraan. Israel menyerang balas dengan kereta kebal, di bawah pimpinan General Sharon, sambil menghambat tentera Mesir menyeberang Terusan Suez dan merampas kembali Sinai.

Pengalaman itu membuatkan AS berikrar bahawa Israel tidak akan kehilangan kuasa tenteranya terhadap serangan mana-mana jiran Arabnya dan ini menjadi perjanjian rahsia AS dan Israel. Tentera AS memberikan bantuan kepada Mesir, bermula dengan perjanjian damai tahun 1979 antara Mesir dan Israel. Tetapi bantuan AS kepada Mesir hanya merupakan dua pertiga bantuan AS kepada Israel.

Di sebalik gambaran keganasan yang disiarkan di wilayah Palestin, tidak banyak kekuatan tentera Israel yang digemblengkan dalam operasi yang ada, kata analis. Pegawai Israel enggan menyebut berapa banyak kereta kebal telah digunakannya dalam peperangan kali ini, tetapi para pengamat menganggarkan tidak lebih dari beberapa dozen kereta kebal Israel daripada sejumlah 4,000 unit telah digunakan di jalanraya.

Kalau dalam peperangan sebenarnya yang tidak mengambil kira kemusnahan orang awam, Israel “mampu melumatkan Tebing Barat dalam jangka masa 36 jam sahaja,” kata Bryen. (selepas itu kereta kebal yang banyak makan nyawa itu dihadiahkan pula oleh Israel untuk digunakan oleh kerajaan Singapura – penterjemah)

Dalam masalah ketegangan Timur Tengah, ramai pengamat percaya Israel dapat menangani sebarang ketegangan dengan mudah – setidak-tidaknya untuk satu masa yang pendek. Angkatan tentera Syria sudah jatuh tersungkur kekuatannya selepas kehancuran empayar Soviet Union yang menjadi bapa angkatnya. Mesir dikatakan tidak lagi berminat pergi ke medan perang.

Apapun, “Israel tidak lagi mengharapkan kita membantu mereka,” kata Brower. “Kita terpaksa lebih pragmatic. Kita adalah kuasa besar dunia dalam banyak hal, tetapi kita tidak mempunyai kekuatan sebesar itu di Timur Tengah, dan Israel amat arif akan perkara ini. Mereka memang pandai membuat percongakan.”

- Copyright New Jersey Online

SPAR.