Make your own free website on Tripod.com
UMNO BERGANTUNG PADA PATUNG UNTUK RAMPAS KELANTAN
Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama mengucapkan
syabas kepada majoriti rakyat Kelantan khususnya
masyarakat Islam kerana tidak terpengaruh dengan usaha
jahat UMNO untuk menyesatkan mereka.  Program syirik
dan khurafat anjuran UMNO Kelantan semasa sambutan
Hari Keputeraan Sultan Kelantan yang disiarkan secara
langsung ternyata gagal samasekali mendapat sambutan
khususnya dari rakyat Kelantan.  Ternyata patung
burung yang diusung untuk dihadiahkan kepada Sultan
Kelantan sebenarnya adalah langkah yang amat memalukan
serta menjatuhkan maruah Sultan Kelantan.  Setelah
UMNO sendiri tahu bahawa Mufti Kelantan serta beberapa
orang ulamak menyatakan pembuatan patung tersebut
adalah khurafat, namun demi keangkuhan pimpinan UMNO
mereka terus menghadiahkan patung tersebut kepada
Sultan Kelantan.  Ini bermakna, UMNO telah
memperlekehkan Sultan Kelantan dengan memberikan
sesuatu yang haram kepada Sultan Kelantan.

 Maka, di majlis tersebut terpacullah Ibrahim
Al-Kataki meneruskan sandiwaranya menjilat Mahathir.
Majlis di malam tersebut seolah-olah bukan sambutan
hari Keputeraan Sultan Kelantan, tetapi seolah-olah
sambutan `Keputeraan Mahathir'.  Ibrahim Al-Kataki
terus mengampu sehinggakan mempelawa Mahathir untuk
belajar memakan budu.  Ucapan Ibrahim Al-Kataki yang
bagaikan orang gila di atas pentas dengan penuh
semangat umpama bercakap seorang diri.  Tiada tepukan
gemuruh menyambut ucapan beliau lebih-lebih lagi bila
beliau mengampu Mahathir kerana semua telah maklum,
siapakah Ibrahim Al-Kataki ini.  Yang hadir hanya
kelihatan tersenyum-senyum sambil menikmati hidangan
lazat yang disediakan percuma itu.  Mereka tahu,
bukankah Ibrahim Al-Kataki ini juga bercita-cita untuk
kencing di atas kubur Mahathir semasa beliau di dalam
Parti Semangat 46 dulu?  Bahkan, semasa beliau dalam
UMNO semula, beliau telah mengkritik hebat Mahathir
semasa ucapan beliau di dalam majlis `Takkan Melayu
Hilang Di Dunia'?

 Begitulah kehebatan bekas Ahli Parlimen Pasir Mas,
Kelantan ini sehinggakan beliau sendiri menyatakan
beliau sanggup menawarkan diri menanggung dosa
sepanjang majlis khurafat tersebut.  Dalam ucapannya,
beliau berharap agar patung burung tersebut menjadi
sumber kekuatan dan keberanian rakyat Kelantan untuk
merampas Kerajaan Kelantan dari PAS.  Begitulah
hinanya UMNO Kelantan sehinggakan akhirnya terpaksa
mencipta patung burung untuk merampas Kelantan.  Jika
dilihat usaha itu memang releven, kerana harapkan
pemimpin-pemimpin UMNO yang ada mereka semua juga
seperti patung juga.  Mereka tidak lagi mampu merubah
kepimpinan yang haprak dalam UMNO itu sendiri.  Maka,
sewajarnya lah patung dicipta sebagai lambang simbolik
kepimpinan UMNO yang ada.

 Akhirnya, sekali lagi kita mengucapkan syukur ke
hadrat Allah SWT kerana rakyat Kelantan kini semakin
mengetahui yang mana hak dan yang mana batil.  Mereka
semua hanya bergantung kepada Allah SWT dan bukannya
kepada patung-patung ciptaan manusia ataupun manusia
berupa patung.  Biarkan saja Ibrahim Al-Kataki
menggunakan kekuatan patungnya untuk menanggung
dosa-dosa mereka yang ingin beliau tanggung itu.
Semoga Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Kelantan
mengembalikan hadiah haram tersebut kepada UMNO kerana
mereka sahaja yang layak menyimpan patung tersebut.


ZULHAZMI NS