Make your own free website on Tripod.com

Keganasan  Tajaan Israel
(Israel’s State Terrorism)
oleh: Lev Grinberg – Pengarah Humphrey Institute for Social Research Ben Gurion University.

(artikel asal ada di http://64.4.22.250/cgi-bin/linkrd?_lang=EN&lah=93f11ea826081faec5389d76ed693b75&lat=1018773174&hm___action=http%3a%2f%2fiviews%2ecom%2fscripts%2farticles%2fstories%2fdefault.)

Apakah bezanya antara keganasan tajaan sebuah negara dengan tindakan ganas seorang individu? Kalau kita faham akan perbezaannya tentu kita akan faham kesyaitanan dasar AS di Timur Tengah dan segala bencana yang sedang melanda. Apabila Yasser Arafat dikepung di pejabatnya dan dijadikan tebusan oleh pasukan tentera Israel yang menyerang bumi Palestin, dia telah disagat bertalu-talu agar mencemuh keganasan dan tindakan rakyatnya bertindak balas. Keganasan tajaan Israel dianggap oleh pegawai AS sebagai tindakan “mempertahankan diri”, sedangkan pengebom relamati Palestin diaibkan dengan panggilan pengganas.

Terdapat hanya sedikit perbezaan dalam hal ini apabila keganasan Israel itu adalah tanggungjawab Ariel Sharon, Benjamin Eliezar, Shimon Peres dan Shaul Mofaz, sedangkan tindakan ‘keganasan’ individu dilakukan oleh mereka yang sudah begitu putus harap, dan selalunya bertentangan dengan kemahuan Arafat. Satu jam sejurus Arafat mengisytiharkan sokongannya agar satu gencatan senjata dilaksanakan dan mengucapkan selamat menyambut Perayaan Passover, seorang pengebom relamati meledakkan dirinya di sebuah hotel di Netanya, membunuh bersama 22 yahudi yang tidak berdosa yang mahu menyambut upacara Passover itu. Arafat ditohmah sebagai bertanggungjawab dengan tindakan itu, dan serangan IDF (Israel Defence Forces) dikatakan satu tindakan wajar yang menepati tuduhan itu.

Pada waktu yang sama, jenayah perang Sharon dan Israel telah dilupakan begitu sahaja, semuanya. Siapakah yang patut ditangkap kerana merencana pembunuhan hampir 100 orang Palestin? Siapa yang sepatutnya disumbat ke dalam penjara kerana membunuh sekitar 120 anggota perubatan (paramedik) Palestin? Siapakah yang patut dihukum kerana membunuh lebih 1,200 Palestin dan kerana mendera lebih 3,000,000 (tiga juta) orang awam sepanjang 18 bulan yang lalu? Siapa pula yang sepatutnya dihadapkan kepada mahkamah dunia kerana menempatkan pendatang haram di tanah yang dirampas daripada orang Palestin, dan kerana mengingkari resolusi PBB lebih tiga puluh (35) tahun?

Ledakan bom oleh pejuang syahid yang relamati yang membunuh orang awam yang tidak berdosa memang mesti dikecam tanpa ada dolak-daliknya; tindakan mereka itu adalah gelagat tidak bermoral, dan mereka yang merencananya harus dipenjara. Namun tindakan itu tidak boleh diperbandingkan dengan keganasan tajaan sesebuah negara seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan Israel. Tindakan yang disebut terdahulu adalah merupakan tindakan individu ataupun kumpulan yang sudah putus harapan yang tidak punyai banyak harapan di masa depan, disebabkan terlalu tertekan oleh pandangan dunia yang terlalu terpesong bertentangan dengan penderitaannya. Tindakan yang lagi satu adalah tindakan ganas yang dikatakan tindakan hasil keputusan “rasional” sebuah negara yang menggunakan alat ketenteraannya untuk menjajah, lengkap dengan segala senjata perang, dan diongkosi oleh satu-satunya kuasa besar di dunia ini.

Namun, dalam perdebatan terbuka, keganasan negara dan pengebom relamati tidak pula difikir wajar untuk dijadikan perbandingan dalam kisah keganasan. Keganasan dan jenayah perang yang dicetuskan oleh kerajaan Israel dikira sah dan sebagai “mempertahankan diri”; sedangkan Arafat yang sudah terkepung itu masih dimestikan bertugas menangkap segala “pengganas”.

Saya mahu bertanya: Siapakah nanti yang akan menangkap Ariel Sharon, musibat yang sebenarnya bertanggungjawab mengeluarkan perintah membunuh warga Palestin? Bilakah ketikanya dia akan ditakrifkan sebagai seorang pengganas? Berapa lama lagikah dunia mampu memekakkan telinga daripada mendengarkan raungan Palestin bahawa yang mereka mahukan cuma kebebasan dan kemerdekaan? Sampai bilakah dunia mampu mengenepikan fakta bahawa sasaran utama kerajaan Israel bukannya keselamatan negara, tetapi penaklukan berkesinambungan dan penindasan berterusan bangsa Palestin?

Sebagai warga Israel di pihak pembangkang, kami sedang berdepan dengan kerajaan kami, tetapi sokongan antarabangsa yang diterima oleh Sharon senantiasa membahayakan perjuangan kami. Keseluruhan pendapat umum masyarakat sejagat terpaksa diputar-balikkan semula, dan PBB mesti menghantar pasukan pengaman untuk menghentikan pertumpahan darah dan kemusnahan yang semakin ketara. Orang Israel dan bangsa Palestin memang amat mengharapkan kesedaran masyarakat antarabangsa untuk mencetuskan pendapat terbuka mereka secara mengubahkan pendirian yang dapat merobah sikap sejagat. Semua ini amat diperlukan untuk menyelamatkan nyawa kita sebenarnya, dan menentukan harapan kita untuk menyaksikan masa depan yang cerah menjadi kenyataan juga.

Tamat.
SPAR