TERUSKAN PERJUANGAN

Assalamualaikum..

Jazakallah hukhairan kathiran khas kepada anda yang masih setia dan berharap laman Minda Rakyat terus bergetanyangan di arena siber. Jutaan kemaafan dipohon kepada anda kerana saya terpaksa memeramkan ratusan maklumat dikatungan email laman ini hingga akhirnya terpaksa di'delete'kan separuhnya oleh pihak hotmail.

Seperti yang saya katakan disebabkan tumpuan ke atas jihad di arena yang lain, maka saya terpaksa melupakan sementara jihad di arena siber ini.

Justeru memikirkan bahawa antara keduanya yang sama penting, maka dengan masa yang singkat saya akan terus berjuang bersama-sama anda mengenengahkan maklumat yang seharusnya diketahui bersama untuk tatapan rakyat Malaysia terutama kepada anda yang berada jauh dari tanah air.

Kepada anda saya berjanji akan sedaya upaya kembali menyemarakkan alam siber ini dengan pelbagai maklumat yang seharusnya kita kongsi bersama. Bagaimana pun bagi menyesuaikan diri dengan maklumat yang pantas dan masa saya yang sedikit saya tidak akan menyediakan ruangan arkib dan semua maklumat hanya akan berada pada tahap 2 hingga ke 4 minggu sahaja.

Kepada anda yang ingin menyebarkan maklumat, sila segera cetak dan edarkan kepada mereka yang lain. Dan kepada anda yang ingin menyebarkan maklumar sebagaimana biasa alamat email saya ialah mindarakyat@hotmail.com.

Polong Cyber
Webmaster Minda Rakyat